Halaman

Nescafe 3 in 1 Percuma Mug Comel

Asha Lya | Jun 30, 2014 | 20Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Selamat Pagi dan Selamat menjalani ibadah puasa.
Hari nie dah masuk hari ke dua..Moga semuanya baik-baik hendaknya ya.
Tak tahu nak update apa pagi nie.Belek-belek hf ternampak pic nie.
 
 
 
 
 
 
 
Lya akui memang mudah terpengaruh dengan benda-benda free
apatah lagi comel-comel.mesti nak beli ehehe.
Sememangnya Lya bukanla peminum tegar nescafe cuma En.Husband je suka
minum nescafe.Lya nak mug tu je haha..Ada 6 pilihan so pilihla Brazil.
Sesaja nak tambah koleksi mug comel nie.


Selamat bekerja selamat menjalankan tugas.


Wassalam



Terima Kasih

Berpuasa Sendiri

Asha Lya | Jun 29, 2014 | 11Komen | >
Assalamualaikum
 Selamat menjalani ibadah puasa semua.
Nampaknya Lya menyambut awal Ramadhan nie
seorang diri je.En.Husband tak dapat nak balik
sini sebab kena standby keja.
Beginila kalau masih ber "PJJ".
Ermmm sabar je la mungkin ada hikmahnya nanti.




Petang nie nak ke bazar dengan member serumah..Hari pertama
bazar mesti seronok..Jangan rambang mata sudah kihkihkih..


" Selamat Berpuasa "


Wassalam




Terima Kasih

Moga Ramadhan Kali Ini Penuh Makna

Asha Lya | Jun 28, 2014 | 12Komen | >
Assalamualaikum

Tanpa ku sedari bulan Sya'ban akan
melabuhkan tirainya.Bulan kelahiran Lya.
Bulan yang penuh bermakna buat Lya.
Bulan yang menggamit banyak kenangan.




Kini Ramadhan akan tiba menggantikan Sya'ban.
Bulan yang paling di tunggu semua umat Islam di dunia.
Ku mengharap moga Ramadhan kali ini penuh makna.
Ramadhan tahun nie Lya kini sudah begelar isteri kepad encik suami.
Walaupun kami masih berjauhan.Namun tetap terasa.
Tahun nie juga tahun pertama
Lya sebagai blogger di sini menyambut Ramadhan.
Terasa begitu kemeriahannya.



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat umat islam semua.
Moga segala amalan kita diterima oleh-Nya Insyallah.



Wassalam


Terima Kasih

Riview Majlis Perkahwinan Asha Lya & Md.Faizal : Majlis Resepsi

Asha Lya | Jun 27, 2014 | 22Komen | >
Assalamualaikum



Sebelum bulan Jun melabuhkan tirainya.
Lya nak sematkan gambar sepanjang Majlis Resepsi Lya
pada 07.06.2012 (Sabtu).
Jom sama-sama tengok koleksi gambar Lya :)



Selamat Datang..Rumah Lya nun kat atas bukit tu


Pelamin yang di hias indah



Hidangan untuk para tetamu sudah tersedia.Semua hasil masak gotong-royong keluarga Lya


Gift buat tetamu


Antara para jemputan tetamu yang hadir memeriahkan majlis



 Sempat lagi berselfie dengan dayang-dayangku sebelum bersanding hehe...






 Rombongan pengantin pihak lelaki dah mari disambut dengan paluan kompang




Pengantin lelaki kena buat pusingan dulu sebanyak 3 kali
sambil dibacakan Selawat Keatas Nabi Muhammad S.A.W



Dah boleh dah bersanding dengan pasangan kihkih



Masih malu-malu huhuhu



Bacaan doa moga diberi keberkatan



Persembahan silat sambil di iringi dengan paluan kompang
memeriahkan lagi majlis



Tak lupa juga persembahan tarian "Dalink-dalink" sambil di iringi dengan rentak lagu
dari Daerah Semporna (Husband Lya memang asal Semporna)





Kita makan dulu..Lapar Lapar hehe



Dengan mak & mak mertua jangan di lupa



Sesi di tunggu acara berselfie-selfie..Keluarga belah Lya
Tapi tak semua ada..Yang lain sibuk di dapur



Apasal tak sedia tu..En.Husband punya pasal la tu hihi



Selfie with my anak-anak anggur & my mama


Ini plak keluarga belah Lelaki...Suka ya guna prob Lya.Nanti
kita buat lagi untuk majlis belah lelaki




Sesi bersalam-salaman dengan para tetamu


Control-control hehehe




Alhamdulillah kami dah kawin


Kami nak terbang





Alhamdulillah berkat doa semua
majlis kawin Lya berjalan dengan lancar semuanya serba sederhana.
Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan kebahagiaan Lya sekeluarga.
Moga rumahtangga yang kami bina berkekalan
hingga ke Jannah Insyallah Amin.



Wassalam











Terima Kasih

Riview Majlis Perkahwinan Asha Lya & Md.Faizal : Majlis Kenduri Kawin

Asha Lya | Jun 26, 2014 | 22Komen | >
Assalamualaikum


Sebelum bertambah basi ada kesempatan sikit masa dan ruang Lya nak
up entri berkaitan majlis Lya yang dah beberapa minggu berlalu.
Majlis kenduri kawin Lya diadakan pada 06/06/2014 (Jumaat).
Ada juga majlis merenjis.
 Mari Lya tunjukkan gambar sekitar majlis dijalankan.


Pelamin anganku yang kelihatan sipi-sipi hehe..



Macam peluru..kenal tak.Ini kami panggil " Kelupis"
Makanan wajib masa majlis kawin.Isinya pulut.Sedapppp
makan cicah dengan kuah kari,rendang.


Aktiviti gotong-royong membungkus makanan.Kalau kenduri kami biasa bagi
tapau kat tetamu..Tapau tu kami sebut "Berkat" (sudah dibacakan doa kan).
Tetamu boleh bawa balik makan sama-sama keluarga.Jadi semua dapat merasa.


 Dapur bersepah.Biasalah mana-mana tempat pun kalau
majlis kawin buat kat umah macam nie juga kejadiannya.
Nampak tak bungkusan warna pink dekat dalam basket tu..Hahh itula disebut "Berkat"



Antara tetamu yang datang masa majlis kenduri.



  Daku yang berbaju pink haha..Masa acara menepung tawar

  Emak Lya menepung tawar.Sebenarnya ada 14 orang yang merenjis.
Diiringi bacaan berzanzi.
Lya masukkan gambar emak Lya je.Karang kalau banyak sangat gambar bosan plak 
nak menegoknya kan hehehe.

Selepas majlis kenduri..Aktiviti memukul kompang.
Seronok sesekali berkumpul ramai-ramai macam nie.Meriah majlis
ada paluan kompang.Terasa kemeriahan majlis kawin.



Begitula cara kenduri kat kampung Lya kat Beaufort.
Alhamdulillah semua majlis berjalan dengan lancar.
Tetamu pun ramai yang datang.


Wassalam

Next to be continue.....


Terima Kasih

Kurang Aktif Di Bulan Jun

Asha Lya | Jun 26, 2014 | 10Komen | >
Assalamualaikum



Alhamdulillah masih lagi diberi peluang
menyoretkan sebaris dua baris ayat kat blog kesayangan nie.
Memang Lya akui bulan Jun nie Lya agak kurang aktif di blog.
Kesibukan sebagai wife dan pekerja.
Tak dapat lagi buat aktiviti kat blog macam biasa dek kerana kesibukan.
 Nak update gambar resepsi kawin Lya pun tak menyempat lagi.
Terima kasih yang masih menyokong blog Lya.Sudi singgah cne.
Tak dapat Lya nak balas lagi.





Setiap manusia tak lari dari masalah.
Begitu juga dengan Lya.Tapi alhamdulillah kami dapat
lalui dengan berkat kesabaran dan sokongan dari keluarga.
Allah S.W.T ada sentiasa disisi kita.Insyallah



Wassalam





Terima Kasih

Pasti Di Uji

Asha Lya | Jun 23, 2014 | 18Komen | >
Assalamualaikum


Morning all's..Minggu lepas Lya
terpaksa ambik cuti Jumaat.Ada urusan penting
kat Kampung. Bila dah hidup berumahtangga dan tinggal
plak berjauhan.Cabaran tu terlalu berat rasanya nak pikul.
Seorang isteri perlu ada di sisi suaminya.
Memang akan ada pelbagai ujian di awal perkahwinan.
Tak dinafikan..Hati nie kena tabah,sabar,sabar dan terus sabar.
Mulut kata tak apa tapi hati memang tak boleh nak kata bohong.




Kalau permohonan perpindahan suami masih tak dapat.
Nampaknya Lya la yang akan berkorban berhenti keja
dan pindah ke sana.Sayang dengan nie kerja sebenarnya.
Kalau kat sana tak tahu lagi nak buat apa.
Ermm sabarla wahai hati pasti ada rezki buat kami di sana.Insyallah.



Wassalam


Nota:Mood down

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign