Halaman

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom

Asha Lya | Mei 31, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum






Klik banner


SGshop Malaysia adalah sebuag agent Taobau



SGshop Malaysia adalah sebuah agent Taobao yang berpusat di Singapura dan ada cawangan di Johor, Malaysia. Bayangkan barang-barang yang ada semuanya murah. Dengan RM100 shopping creditsudah berasa puas untuk anda membeli belah di SGshop Malaysia.
Username Sgshop: zalya
Seandainya Lya menang voucer Rm100, barang yang ingin saya beli di SGshop ialah barangan untuk kediaman antaranya:


Rm 31.25 x 1pc




Rm27.08 x 1pc




Rm20.14 x 2pc


Jumlah semua Rm98.58, memang berbaloi dengan Rm100 boleh beli 3 benda.








Terima Kasih

SEGMEN "SAYA NAK KAD RAYA" BY DUNIASHIDA.COM

Asha Lya | Mei 31, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum




Selamat menalani ibadah puasa buat seluruh umat Islam. Pagi ni berkesempatan nak menyibukkan diri join segmen mudah dari blogger Shida.
Sapa tahu rezki dapat kad raya dari orang jauh kan.
Jom la reramai kita support segmen blogger shida.







Klik banner



Bagi pandangan  saya apa yang menarik di blog Shida, saya suka tengok backgroundnya yang berwarna biru, tenang je. Susun atur blognya kelihatan kemas dan sederhana. Buat pengetahuan semua blogger Shida ni ada menawarkan perkhidmatan printing kad raya. Jika ada yang masib mencari2 tempat nak buat kad raya boleh kontek dengan blogger Shida.

Terim kasih sudi singgah sini

Terima Kasih

Tadau Kaamatan

Asha Lya | Mei 30, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum



Selamat menyambut Pesta Kaamatan buat semua rakyat Sabah ang menyambutnya.
Acara yang disambut setiap tahun pada tanggal 30-31.Mei.








Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau




Bobohizan mengetuai mangavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazan Dusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinorohingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinorohingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dikorbankan dan mayatnya disemadi menurut istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian daripada mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambarayon".
Bermula daripada kejadian tersebut orang-orang Kadazan Dusun memulakan upacara Pesta Kaamatan, juga dikenali sebagai KOKOTUAN ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan sejak awal sehingga kini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kaum itu mengenai asal-usul serta pencipta mereka - Kinorohingan, yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya - Humindoun untuk menyalamatkan mereka daripada mati kebuluran.

Sumber: wikipedia

Terima Kasih

3 Jenis Makanan Patut Elak Ketika Berpuasa

Asha Lya | Mei 28, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum







Tidak sah jika tidak memikirkan soal makan ketika berpuasa, tambah pula ketika waktu imsak dan berbuka.

Namun, dalam keghairahan mencari hidangan yang menepati selera tekak, pastikan anda mengawal nafsu makan agar tidak melarat kemudiannya.

Penjagaan tubuh badan yang sihat bermula daripada hidangan yang kita makan. Buat pilihan  berhemat dan jangan gelojoh.

Berikut kami nyatakan jenis hidangan yang sepatutnya anda elak ketika bersahur bagi memastikan kerja dan fungsi tubuh badan anda kekal mantap sepanjang hari.

Makanan Pedas

Orang Malaysia memang tidak boleh lari daripada menggemari hidangan pedas dan berasaskan rempah ratus namun cuba elakkan pengambilan makanan pedas ketika bersahur.

Hal ini kerana kandungan rempah ratus akan meningkatkan rasa dahaga sepanjang hari berpuasa.

Makanan Bergoreng

Jika anda mengambil makanan bergoreng ketika perut kosong, ia akan menyebabkan perut menjadi kejang dan kembung kerana kesukaran untuk menghadam.

Minyak tidak tepu dalam hidangan bergoreng juga boleh menjejaskan diet dan kesihatan kita.

Makanan Proses

Hidangan kegemaran orang bujang ini memang cepat dan senang disediakan.

Namun, ia boleh memudaratkan badan anda kerana kandungan perisa, pewarna dan garam yang terlalu tinggi.

Malah, jika diambil ketika bersahur ia akan menyebabkan badan lesu.

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber: astro gempak



Terima Kasih

Marhaban Ya Ramadhan

Asha Lya | Mei 27, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam di dunia.
Marhaban Ya Ramadhan, Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.





Sekadar perkongsian

Terima Kasih

Gelaran 'Kayu Paling Popular'? Hahaha... Kelakar - Fattah Amin

Asha Lya | Mei 26, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum






Pelakon Fattah Amin menganggap gelaran kayu paling popular sebagai satu perkara yang lucu.
 
Gelaran tersebut menjadi tular di media sosial selepas Fattah memenangi gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 30 (ABPBH 30) baru-baru ini.
 
Semenjak kemenangan tersebut, enjin carian Google akan memaparkan wajah Fattah sekiranya pengguna melakukan carian dengan kata kunci 'kayu paling popular'.
 
"Sebenarnya, ucapan kemenangan yang terkandung perkataan kayu di atas pentas ABPBH 30 adalah kerana sewaktu awal kemunculan saya di persada lakonan, ramai yang memberi kritikan mengatakan saya kayu.
 
"Bila gelaran 'kayu paling popular' viral, saya hanya tergelak kerana saya rasakan perkara tersebut lucu dan kelakar. Saya langsung tidak terasa hati atas gelaran tersebut," kata Fattah kepada Astro Gempak.
 
Dalam pada itu, Fattah gembira kerana drama terbaru lakonannya, Hero Seorang Cinderella mendapat reaksi positif.
 
"Alhamdulillah, walaupun drama bersiri tersebut baru ditayangkan, saya gembira dan bersyukur apabila melihat sambutan baik peminat.
 
"Ramai yang suka dengan gandingan saya bersama Nur Fazura. Saya berharap drama ini akan mendapat sokongan ramai sehingga ke penghujung episod," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Quill City Mall Raya Kasih dan Cinta pada Khamis.
 
Quill City Mall KL mengangkat tema yang diadaptasi daripada novel dan drama bersiri lakonan Fattah dan Fazura, Hero Seorang Cinderella bersempena kedatangan Ramadan dan Syawal tahun ini.
 
Kempen yang diberi nama 'Raya Kasih dan Cinta' ini bermula 25 Mei sehingga 2 Julai 2017.
 
Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bakal bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
 
Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
 
Dapatkan bantal edisi terhad Hero Seorang Cinderella dengan berbelanja sebanyak RM199 (maksimum penggabungan dua resit dalam satu hari) di pusat membeli belah Quill City Mall KL! Quill City Mall KL, Destinasi Gaya Hidup Terkini di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur! #QuillCityMallKL #KasihdanCinta
 
Teks: Kamaruddin Razal
 

Sumber: astro gempak


Terima Kasih

LOGO KOMUNITI SABAHAN BLOGGER

Asha Lya | Mei 24, 2017 | 11Komen | >
Assalamualaikum






Syukur alhamdulillah akhirnya tertubuh juga komuniti Sabahan Blogger yang menghimpunkan blogger berasal dari Sabah. Walau kami tak ramai, tapi kami ada. Terima kasih atas kerjasama dari semua pihak. 



Maka dengan rasminya logo SABAHAN BLOGGER di gunapakai dengan tagline #DIBAWAH BAYU KAMI BERSATU.



Kredit: 
Design Logo By : Rahmad Bah
Tagline By : Ecadwinkyasha



LIST SABAHAN BLOGGER

1unnianje.blogspot.my
2.www.rahmadgraphic.my



Moga hubungan silaturahim antara kita sesama blogger akan terus kekal biarpun jarak jauh itu bukan penghalangnya kerana di BAWAH BAYU KITA BERSATU. Jika ada lagi blogger Sabah yang ingin sertai komuniti ini, sangat dialukan. Boleh pm dekat FB Komuniti Sabahan Blogger.




Terima Kasih

PROMISE

Asha Lya | Mei 23, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum





PROMISE – ATEEN KHALID
No. ISBN:- 978-967-0874-54-8
Jumlah muka surat:- 544
HARGA SEMENANJUNG : RM21, AHLI KN : RM17
HARGA SABAH SARAWAK: RM 24, AHLI KN : RM20
Sinopsis:-
Ketika berada dalam keadaan terdesak, muncul seorang lelaki secara tiba-tiba lalu menghulurkan bantuan kepada Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama lelaki itu, hanya senyumannya saja yang menjadi memori. Dia bertemu dengan lelaki itu lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar!
Wajah memang memang saling tak tumpah tapi, perangai bagaikan langit dan bumi. Wafiy Sadiq… pemilik senyuman itu. Lemah lembut dalam berbicara. Manakala si adik… Siddiq Wildan, bikin menyampah saja!
Hati Hanina kemudiannya huru-hara setelah bertemu dengan si kembar tersebut. Si abang yang melayannya dengan baik, manakala si adik yang sering memunculkan diri di tempat kerja Hanina dan sering menyakiti hatinya.
Kerana satu kejadian, perasaan Hanina mula berantakan. Ada rahsia yang dipegang oleh Wafiy selama ini. Ada rahsia yang Siddiq perlu lindungi. Ada janji yang perlu ditunaikan.
“Tak perlu berjanji… sebab kalau awak tak tunaikan, itu menyakitkan. Tau tak?”
“Saya akan buktikan pada awak.”
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan PROMISE secara online dengan kami. Harga Super Duper Jimat untuk Kombo Jun hanya boleh didapati dengan pembelian online bersama KN.

http://www.kakinovel.my

Terima Kasih

UNIC Juara Gema Gegar Vaganza, Bawa Pulang RM100,000

Asha Lya | Mei 22, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum





Menewaskan lima bintang lain, UNIC mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama.

UNIC membawakan lagu Ainul Mardhiah di segmen solo serta lagu Kalah Dalam Menang di segmen battle.

UNIC yang bergelar juara berjaya merangkul wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Naib juara, Hijjaz yang menyampaikan lagu Fantamorgana dan lagu Alhamdulillah di segmen battle berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Hijjaz turut menjadi pemenang Anugerah Persembahan Pilihan Penonton yang dipilih menerusi undian penonton di laman web GGV. Hijjaz berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 sumbangan Serai Mas.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mirwana yang menyampaikan lagu Ya Rasulullah dan lagu Alhamdulillah di pusingan battle.

Mirwana berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 serta trofi sumbangan Astro.

Tempat keempat pula dimenangi oleh Azmi Caliph Busker. Menyampaikan lagu Damai Yang Hilang dan lagu Aku Maafkan Kamu di pusingan battle, Azmi membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.

Anugerah Gema Terindah, kategori Gempak Gempur juga turut dimenangi oleh Azmi. Azmi berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 sumbangan Kopi Pak Belalang. Hadiah tersebut akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Tempat kelima dimenangi oleh Hafiz Hamidun yang menyampaikan lagu Nur Kasih dan lagu Aku Maafkan Kamu di pusingan battle.

Hafiz berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.

Tempat keenam dirangkul oleh kumpulan Saujana yang menyampaikan lagu Penerang Hati dan lagu Kalah Dalam Menang di pusingan battle.

Saujana berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro.

Konsert akhir Gema Gegar Vaganza bersiaran secara langsung bermula jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Bersiaran di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.

Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.

Untuk konsert akhir, tugas juri undangan disandang oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

CINTA SI PANDA BIRU & SI TUKANG SAPU

Asha Lya | Mei 21, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum





CINTA SI PANDA BIRU & SI TUKANG SAPU – MIMIE ISMAIL


No. ISBN:- 978-967-0874-53-1
Jumlah muka surat:- 472
HARGA SEMENANJUNG : RM20, AHLI KN : RM16
HARGA SABAH SARAWAK : RM23, AHLI KN : RM19
Sinopsis:-
Rian, novelis glamor dan terkenal memandang harta kekayaan sebagai tiket untuk mencapai kebahagiaan hidup. Perkenalannya dengan Adil, tukang sapu yang juga pekerja sambilan di rumah anak yatim membawa makna baru dalam hidupnya. Adil yang celopar, Adil yang menyakitkan hati, Adil yang sentiasa ada ketika dia memerlukan. Rian selesa berkawan dengan Adil. Adil merahsiakan identiti sebenarnya kerana dia ingin melihat sejauh mana Rian memandang rendah padanya. Dalam diam, dia jatuh suka pada Rian walaupun Rian bongkak dan sombong. Namun, cintanya itu dipendamkan saja kerana Rian berpasangan dengan Hazryq yang serba sempurna itu.
Dalam kecelaruan hati dan perasaan Rian terhadap Hazryq dan Adil… tiba-tiba rahsia Adil terbongkar menyebabkan Rian tidak sanggup berdepan dengan Adil. Dan kekasih lama Adil muncul semula menagih cinta Adil. Dapatkah Adil dan Rian mencapai kebahagiaan hidup masing-masing?
“Dalam pencarianku demi sebuah cinta, seruan alam terarah kepadamu….”
Untuk mengetahui kisah selanjutnya,  dapatkan CINTA SI PANDA BIRU & SI TUKANG SAPU segera ya!

http://www.kakinovel.my

Terima Kasih

Reedem 8 share Bekas IKEA #ilove8share

Asha Lya | Mei 20, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum


Alhamdulillah akhirnya barang yang di reedem dari 8share sampai di tangam dengan selamat. Kali ini sis reedem bekas IKEA, kalau sebelum2 ni asyik reedem t-shirt. Kebetulan point terlebih cukup dan barang yang di reedem pun ada stok. Maka kita reedem la dengan hati yang berbunga2, barang free mestila nak. 



Sis suda lama join 8share ni, since 2014 lagi, suda banyak kali cashout. Join 8share ni kena rajin share iklan. Walau setiap klik iklan tu hanya dapat 20sen je tapi kalau di kumpul lama2 boleh jadi banyak. Kira macam menabung la tu. 







Semua ada 17pcs bekas, warna oren memang menyerlah, boleh buat simpan macam2. Bertambah lagi koleksi tipuware haha. Tak apala janji boleh pakai, kalau tupperware memang sayang nak guna hihi. Lepas ni kumpul balik point, kita tengok apa lagi yang bpleh di tebus. 




Terima kasih sudi singgah sini

Terima Kasih

NOVEL KOMBO JUN 2017

Asha Lya | Mei 19, 2017 | 0Komen | >
Assalamualaikum





KOMBO JUN 2017
1.CINTA SI PANDA BIRU & SI TUKANG SAPU  – MIMIE ISMAIL
SEMENANJUNG : RM20
SABAH&SARAWAK : RM23
2.PROMISE – ATEEN KHALID
SEMENANJUNG : RM21
SABAH&SARAWAK : RM24
HARGA KOMBO SEMENANJUNG (2 BUAH NOVEL JUN 2017) = RM 31
HARGA KOMBO SABAH SARAWAK (2 BUAH NOVEL JUN 2017) = RM 37
Hai semua peminat setia Kaki Novel.. Seperti kebiasaannya, setiap bulan pasti ada novel terbaharu yang kami terbitkan untuk semua pembaca tersayang. Bulan Jun ini ada kombo penjimatan untuk anda iaitu Kombo Jun 2017. Kami bawakan karya daripada penulis muda yang sangat berbakat iaitu Ateen Khalid (Promise) dan Mimie Ismail ( Cinta Si Panda Biru & Si Tukang Sapu). Dengar tajuk saja pun dah menarik kan? Cerita lagi menarik tau korang. Apa tunggu lagi, cepat-cepat order ya..
KN sajikan anda dengan novel-novel yang penuh dengan kisah-kisah cinta bersemut tau J . Rugi jika tidak memiliki kombo Jun ini kerana haraga lebih jimat menanti anda. Dua orang penulis muda dan berbakat ini masing masing sudah mula meningkat naik dengan karya-karya mereka yang cukup hebat. Jangan lupa dapatkan Kombo Jun ini!Pembelian dengan harga kombo yang sangat jimat ini hanya boleh didapati dengan pembelian online bersama KN sahaja. Jadi, dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Semoga terhibur dan selamat membaca!
PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA SELURUH MALAYSIA!DAPATKAN SEKARANG!

http://www.kakinovel.my

Terima Kasih

Collection Tupperware Orchid Elegence One Touch Set for Ramadhan 2017

Asha Lya | Mei 18, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum




Alhamdulillah rezki bulan ni, dapat grab satu set tupperware koleksi edisi ramadhan 2017. Menambah koleksi dalam simpanan, kerana tergoda dengan rekannya maka terbeli tanpa sengaja. Reward untuk diri sendiri sempena bulan istimewa. Bukan selalu bershopping bagai, ini juga antara hasil pendapatan dari "goyang kaki"di rumah #sayasitukangjahit#jangankecamsaya









Rekaan kali ini lebih ceria dengan hiasan bunga2 orchid warna purple pink. Membuatkan hati berbunga2 untuk memilkinya. Harganya pun boleh tahan,  Brand tupperware diakui memang mahal tapi setanding dengan kualitinya. Menang membeli puas memakai.



Terima kasih sudi singgah sini 


Terima Kasih

Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih

Asha Lya | Mei 17, 2017 | 1Komen | >
As-Salam



Terima Kasih

Sebakul Pakaian Tempahan Raya 2017

Asha Lya | Mei 17, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum




Puasa owhh puasa...Raya owhhh raya. Ada seminggu lagi berbaki nak menyambut Ramadhan. Sebahagian tempahan raya 2017 yang suda disiapkan. Alhamdulillah rezki raya tahun ni.


Part nak jahit sembat & gosok ni yang liat sikit. Ada lagi beberapa helai yang perlu diselesaikan baru pulun jahit sembat & gosok. Barula boleh pelanggan datang ambik. 







Tak ingat ada berapa banyak pasang baju sumbat dekat dalam bakul ni. 
Sabar wahai pelanggan2 kesayanganku,  Insyallah siap seperti yang di tetapkan.




Terima kasih sudi singgah sini

Terima Kasih

Senarai Pemenang Abpbh 3.0: Fattah Amin Bintang Paling Popular

Asha Lya | Mei 15, 2017 | 8Komen | >
Assalaamualaikum






Pelakon Fattah Amin dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH 3.0) yang berlangsung malam tadi.
Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu diacarakan oleh Fauziah Dato' Ahmad Daud, Faizal Ismail dan Zulin Aziz. 
Berikut merupakan senarai pemenang bagi 13 kategori ABPBH 30 dan 5 kategori online ABPBH 29:
Kategori Utama:

Artis Baharu Lelaki Popular
Khai Bahar


Artis Baharu Wanita Popular
Sweet Qismina


Pelakon Filem Lelaki Popular
Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular
Fazura


Pelakon TV Lelaki Popular
Fattah Amin


Pelakon TV Wanita Popular
Janna Nick


Penyanyi Lelaki Popular
Khai Bahar


Penyanyi Wanita Popular
Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
Akim & The Majistret


Artis Komedi Popular
 Zizan Razak

Artis Versatil Popular
Ifa Raziah


Pengacara TV Popular
Neelofa

Penyampai Radio Popular
Radin (Era)

Kategori Online:

Gandingan Serasi Drama
Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)


Gandingan Serasi Filem
Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)


Personaliti Media Sosial
 Makhlokmacho


Artis Berpengaruh Di Laman Sosial
Neelofa


Artis Sensasi
Fattah Amin

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber: astro gempak


Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign