Halaman

MIA SARA DEDAH TAWARAN BERLAKON KURANG SELEPAS BERTUDUNG

Asha Lya | Januari 29, 2016 | 3Komen | >
Assalamualaikum






Pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha mendedahkan kurang menerima tawaran berlakon sejak mengambil keputusan untuk bertudung.
Menurut Mia juga salah seorang juri Cilik Ceria Popstar 3, dia akur dan sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas menutup aurat.

"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.

"Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung," katanya kepada mStar Online.
Walau bagaimanapun jelas Mia, dia bersyukur apabila jualan jenama tudung miliknya, MS Couture kini mendapat sambutan menggalakkan.
"Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran," ujarnya.
Dalam pada itu, keputusannya untuk bertudung adalah sangat tepat kerana dia tidak lagi dikutuk rakan-rakan sekolah seperti yang dilaluinya sebelum ini.
"Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya.
"Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.
"Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif," katanya mengakhiri perbualan.
Olahan Semula : Khalid Rahman
Sumber: mStar Online

Terima Kasih

3 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign