Halaman

Putera William Risau Tak Sempat Lihat Anak-anak Membesar

Asha Lya | Januari 07, 2016 | 8Komen | >
Assalamualaikum





Pewaris keluarga diraja Britain, Putera William mengakui semakin beremosi dan gusar selepas bergelar seorang bapa.
“Saya lebih emosi daripada sebelum ini. Ya, aneh. Saya tidak pernah risau mengenai sesuatu perkara tetapi sekarang benda kecil pun saya semakin berjaga-jaga,” jelas Putera William.
Menurut William, dia tidak mahu anak-anak membesar tanpa didikan sempurna olehnya dan bakal memberi kesan yang buruk kelak.
“Anda akan terkesan dengan situasi dunia masakini. Keadaan tersebut memberi kesedaran kepada saya sebagai seorang bapa betapa berharganya sebuah kehidupan. 
Tindakan tidak berada di sisi anak-anak sewaktu mereka membesar memberi satu perspektif yang cukup berbeza,” ujarnya lagi.
Jelas William lagi, didikan oleh mendiang ibunya Puteri Diana memberi impak yang besar buat kehidupannya.
“Kenangan sewaktu bersama emak  dan ayah, mereka sering membawa kami ke kerja-kerja amal untuk memberi pengajaran berguna kepada kami. Saya rasa melalui tindakan tersebut ianya memberi kita satu pandangan meluas mengenai kehidupan.
“Sangat penting apabila di usia muda kita memberi pengajaran berguna kepada anak-anak. Saya tidak hanya tinggal di dalam istana sahaja dan penting untuk melihat apa yang sedang terjadi dengan dunia luar,” tambahnya lagi.
Putera Wiliam dan isteri, Kate Middleton kini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Charlotte, 7, dan George,3.
Olahan Semula: Khalid Rahman
Sumber: US Magazine

Sumber:astro gempaq

Terima Kasih

8 ulasan:

  1. mereka berdua sangat comel :) Princess Charlotte 7 bulan dan George 3 tahun kah? rasa macam cepat sangat membesar

    BalasPadam
  2. Perasaan mcm tu mmg lumrah sbgai ibubapa

    BalasPadam
  3. Kita ni pn rsau je akan dpn dpn ank. Siapa tak rsau kn.

    BalasPadam
  4. mungkin pengalamannya sendiri kehilangan ibu ketika remaja menjadikannya lebih perihatin..comel sangat george dan charlotte kan

    BalasPadam
  5. alahai comel.
    putera and puteri.
    moga mereka membesar dgn baik dan bakal jadi pemimpin yg adil.

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign