Halaman

Abam Bocey, Ali Puteh Terkejut Dapat Berita Kematian 15 Minit Sebelum Live

Asha Lya | Mac 11, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum






Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Ali Puteh dan Abam Bocey terkejut apabila mendapat berita kematian datuk saudara mereka, 15 minit sebelum persembahan bermula.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 28, berkata, berita tersebut sedikit sebanyak mengganggu persembahannya pada minggu ini.

"Saya sebenarnya terkejut dengan berita kematian yang disampaikan oleh ahli keluarga kerana ketika itu siaran langsung MLM 2017 akan bermula lagi 15 minit.

"Jadi berita tersebut sedikit sebanyak menganggu emosi dan persembahan saya pada malam ini kerana saya harus menghiburkan orang ramai sedangkan masa itu kami mendapat berita sedih.

"Meskipun perasaan sedih itu ada namun kami tetap menguatkan semangat untuk meneruskan persembahan pada hari ini," katanya kepada Gempak.

Tambah Ali, datuk saudara mereka yang berusia 75 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UIA Gombak pada pukul 9.00 pagi ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: astro gempak


Terima Kasih

3 ulasan:

  1. Al-fatihah, salam takziah utk abam dan keluarga

    BalasPadam
  2. Al-fatihah ..
    Inilah antara pgorbanan pelawak... Masih mghiburkan walau hati berduka

    BalasPadam
  3. aduhai. berat nyer dugaan mrk dlm mencari rezeki kan.
    luar gelak.
    dlm hati Allah je Maha Tahu.

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign