Halaman

25 Agen Baru 3R Kini Dicari

Asha Lya | Disember 29, 2015 | 2Komen | >
Assalamualaikum






Selepas sekian lama tidak bersiaran di kaca televisyen, program 3R (Respek, Relaks, Respon) kini sedang mencari 25 orang belia sebagai agen terbaru mereka.

Usaha mencari agen 3R bermula hari ini dan terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 hingga 27 tahun, tidak kira bangsa dan jantina. 

Permohonan boleh dibuat secara perseorangan ataupun kumpulan yang tidak melebihi 3 orang. Pemohon harus menghantarkan vlog atau video mereka berdurasi 1 minit, merangkumi sebarang topik berkenaan gaya hidup, keselamatan, identiti atau hubungan selewat-lewatnya 31hb Januari 2016.

Penerbit bersama 3R, Lina Tan berkata, seramai dua puluh lima Agen 3R dicari dan akan diberi latihan media percuma melalui bengkel yang dikendalikan oleh para penerbit, bekas pengacara 3R dan pakar-pakar media, selepas terpilih.

“Latihan 3R ini bertujuan meluaskan pengetahuan mereka mengenai isu-isu sosial dan meningkatkan kemahiran dalam membentuk cerita, seni kewartawanan, persembahan dan penerbitan video.

“Selepas selesai latihan, agen-agen 3R ini akan diberikan misi – untuk menerbit, mengarah dan mempersembahkan video mereka sendiri mengikut topik yang dipilih oleh 3R selama tiga bulan. Jika video yang diterbitkan agen-agen 3R ini diluluskan, mereka akan diberi bayaran dan video mereka disiarkan di FEEFO.TV, sebuah saluran online yang baru,” katanya.

3R – Respek, Relaks dan Respon adalah pelopor rancangan TV yang dilancarkan pada tahun 2000 untuk memberikan wanita muda di Malaysia pendidikan dan maklumat yang mampu membuka lebih banyak peluang bagi mereka. 

Sementara itu Penerbit Eksekutif Datin Paduka Marina Mahathir berkata, episod-episod 3R telah mengupas isu-isu seperti pilihan kerjaya, hubungan, keganasan terhadap wanita, kesihatan, HIV/AIDS, kehamilan remaja, seksualiti dan banyak lagi.

“3R bukan sekadar rancangan di kaca TV. Penerbit dan pengacaranya turut turun padang bersama persatuan bukan kerajaan (NGO) dan menjalankan pelbagai bengkel seperti pertahanan diri, gangguan seksual, gender dan kesihatan kelamin di sekolah, institusi pengajian tinggi dan syarikat-syarikat korporat.

“Dari mulanya, kami mewujudkan 3R sebagai program yang membangkitkan isu-isu sosial untuk perbincangan dan pendidikan. Itulah sebabnya 3R bukan sekadar di kaca TV malah giat menjalankan kegiatan luar. Kini setelah 15 tahun, 3R mengalami evolusi ke arah yang baru. 

“Objektif utama kami sekarang adalah latihan - kami ingin berkongsi pengalaman dan kemahiran kami sebagai aktivis dan penerbit TV. Internet membolehkan belia bersuara lantang dan kami ingin mereka membangkitkan isu-isu sosial yang dekat di hati melalui video-video pendek yang boleh mencuit hati dan kami akan menyediakan platform untuk menyiarkan video tersebut. 

“Kami mencari belia yang berminat untuk menjalani latihan untuk menerbitkan video ini dan mereka digelar Agen 3R,” katanya.

Untuk borang permohonan dan maklumat lanjut mengenai 'Pencarian Agen 3R', sila rujuk www.feefo.tv/agen3r atau layari saluran media sosial yang berikut untuk maklumat terkini:

Facebook: FEEFO.TV
Twitter: @OfficialFEEFOTV
Instagram: @FEEFO.TV
Youtube: FEEFO.TV
Hashtag: #agen3r #feefotv


Sumber: astro gempaq

Terima Kasih

2 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign