Halaman

Telefilem Cinta Bulan Disember (TV3)

Asha Lya | Disember 06, 2015 | 3Komen | >
Assalamualaikum
Cinta Bulan Disember 2015

Hujung minggu ini jangan lupa untuk saksikan telefilem komedi romantik berjudul 'Cinta Bulan Disember' lakonan Iedil Putra dan Aisya Hasnaa. Sebuah telefilem arahan Megat Shahrizal dan skrip oleh Shamaine Othman. Kisah seorang gadis yang mengimpikan teman hidup yang memenuhi kriterinya seperti lahir pada bulan Disember, menggemari ais krim strawberi dan merupakan penyokong tegar Harimau Malaya. Bersiaran pada hari Sabtu ini jam 9.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3.

JUDUL : CINTA BULAN DISEMBER
TARIKH / MASA : 5 Disember 2015 (Sabtu, 9.00 malam)
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Shamaine Othman
PENGARAH : Megat Shahrizal Mohd Yusoff
TERBITAN : Playground Productions Sdn Bhd 
PELAKON : Iedil Putra, Aisya Hasnaa, Izzue Islam, Redza Minhat, Dian P.Ramlee, Na'a Murad, Sherry Alhadad, Aqeela, Niesa Khalil, 

SINOPSIS CINTA BULAN DISEMBER
Mengisahkan tentang Liyana (Aisya Hasnaa), seorang kolumnis cinta yang sentiasa percayakan takdir dan cinta. Pada masa yang sama, Liyana juga mempunyai impian untuk menyertai kursus dokumentari di Mongolia. Semenjak kematian ibunya beberapa tahun lalu, Liyana tinggal bersama ayahnya, Azhar (Na’a Murad). Untuk mengelak dari kesunyian, Azhar telah membeli sebuah banglo di luar bandar untuk dijadikan sebuah rumah rekreasi untuk orang-orang tua berehat dan meluangkan masa.

Kedua anak-beranak itu telah berkenalan dengan jiran yang baru berpindah bertentangan rumah mereka iaitu Zul (Iedil Putra) dan ibunya Marina (Dian P. Ramlee). Liyana menjadi semakin teruja apabila mendapat tahu Zul lahir pada bulan Disember kerana itulah antara ciri yang dicari untuk menjadi jejaka idamannya.

Liyana dan Zul mula berkenalan sebagai jiran dan menjadi kawan rapat. Dari sebuah persahabatan, lama-kelamaan menjadi sebuah percintaan. Semasa sesi perkenalan mereka, Zul telah menonjolkan setiap perkara kegemarannya adalah ciri-ciri jejaka idaman Liyana. Ini menguatkan lagi firasat Liyana bahawa Zul adalah jodoh yang dinanti-nantikan selama ini.

Dua minggu sudah berlalu, Zul melamar Liyana untuk dijadikan isterinya. Lamaran ini amat memeranjatkan Liyana kerana pada masa yang sama, permohonan Liyana untuk menyertai kursus dokumentari di Mongolia diluluskan. Namun, demi perjuangan cintanya terhadap Zul, Liyana menundakan hasratnya untuk mengikuti kursus tersebut dan menerima lamaran Zul.

Dalam masa yang sama, sedang Azhar sibuk menyiapkan rumah rekreasinya, gerak gerinya sering diperhatikan Marina. Atas dasar kebosanan juga, secara suka rela Marina membantu Azhar menyiapkan rumah rekreasi itu yang kini dinamakan Rumah Makwa.

Marina sering luangkan masanya bersama Azhar ketika bertukul di Rumah Makwa dan membeli perabot untuk rumah itu. Seperti mana yang terjadi kepada anak-anak mereka, persahabatan Marina dan Azhar turut bertukar menjadi cinta. Cuma bezanya adalah mereka menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan anak-anak.

Bagaimanakah takdir kesudahan percintaan mereka? Adakah cinta ini milik Azhar dan Marina atau milik anak-anak kesayangan mereka? Bagaimanakah reaksi Liyana dan Zul apabila mengetahui hubungan ibu bapa mereka? 

GAMBAR PELAKON

Cinta Bulan Disember

Cinta Bulan Disember TV3
Zul dan Liyana
Cinta Bulan Disember Cerekarama TV3
Pelakon telefilem Cinta Bulan Disember
CintaBulanDisember
Penampilan istimewa Izzue Islam dan Redza Minhat
Cinta Bulan Disember Cerekarama TV3
Takdir dan cinta telah menemukan mereka
Sumber : Telefilem Cinta Bulan Disember TV3

Terima Kasih

3 ulasan:

  1. ye...saya tengok. memang best ceritanya. santai tak stress

    BalasPadam
  2. pelakon dia semua SN tak kek kenal.. huk2

    BalasPadam
  3. Tak berkesempatan tengok.. kak aiza kerja malam tu..

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign