Halaman

Jihan Muse Gementar Pertama Kali Jadi Juri

Asha Lya | November 21, 2016 | 5Komen | >
Assalamualaikum






Pelawak Jihan Muse akui gementar dijemput untuk menjadi juri Lawak Solo.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 33, berkata, ia merupakan satu pencapaian terbaru dalam hidupnya apabila telah dipilih menjadi juri dalam rancangan tersebut.

"Saya rasa ini juga merupakan satu tanda ukur untuk kerjaya seni saya apabila dipanggil untuk menjadi juri  walaupun sebagai juri jemutan  untuk lawak solo.

"Ini merupakan pertama kali saya dipanggil sebagai juri dan ianya merupakan pengalaman baru dalam hidup saya .

"Sebenarnya pada awalnya saya agak gementar untuk memberi komen kepada para peserta namun saya harus melakukannya supaya mereka dapat memperbaiki mutu persembahan pada masa akan datang," katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Jihan, malam ini merupakan satu sejarah dalam hidupnya apabila berjaya mencapai sedikit demi sedikit kejayaan sehingga boleh menjadi seorang juri.

Jihan telah dijemput sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua orang juri tetap iaitu Datuk Ac Mizal dan Saiful Apek.

Lawak Solo disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), pukul 10 malam.

Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.

Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.

Teks oleh: Rozaimi Zubaidi




Terima Kasih

5 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign