Halaman

Akim & The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30

Asha Lya | Januari 25, 2016 | 5Komen | >
Assalamualaikum






Lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar nyanyian Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Potret turut turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan wang tunai RM12,000.

Naib Juara telah disandang oleh Faizal Tahir menerusi lagu Assalamualaikum yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Caliph Buskers dengan lagu yang berjudul Hanya Namamu yang berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah berjaya mengekalkan trofi yang dimenanginya tahun lepas apabila berjaya mengekalkan anugerah vokal terbaik menerusi lagunya Tak Pernah Menyerah dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Sempena Ulang tahun ke-30 AJL, turut diperkenalkan Anugerah Qu Puteh Diva yang telah dimenangi oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu berhantunya “Cindai”. Anugerah ini diberikan kepada juara lagu yang mempunyai undian tertinggi menerusi laman web rasmi AJL 30.

Sumber: astro gempaq

Terima Kasih

5 ulasan:

  1. bila bukak group Wassap rumah sewa semalam baru tau ada AJL huhu

    BalasPadam
  2. Memang best akim nyanyi semalam, sangat bertenaga

    BalasPadam
  3. Salam singgah sini dik Lya....Mengantuk hari sebab semalam pun akak layan juga AJL 30 ni.....Tahniah kepada Akim & The Majistret dan tahniah juga kepada semua yang menang...

    BalasPadam
  4. hehehehe akim sememangnya best wuhuw

    BalasPadam
  5. Cik akak harap hazama menang..hahaha..tahniah kepada semua pemenang

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign