Halaman

Amy Search Jatuh Dari Pentas Setinggi Empat Kaki Ketika Persembahan

Asha Lya | Januari 19, 2016 | 5Komen | >
Assalamualaikum






Sebuah video vokalis kumpulan rock lagenda Search, Amy terjatuh dari pentas setinggi empat kaki ketika membuat persembahan menjadi viral di laman sosial.

Kejadian terebut berlaku ketika Amy sedang  menjayakan sebuah majlis makan malam korporat di ibu kota.

Sebelum insiden tersebut berlaku, Amy dikatakan ingin bersalaman dengan peminat yang berada di barisan hadapan, namun sinaran lampu dan struktur pentas mengelirukan antara punca menyebabkannya terjatuh dari pentas.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gitaris berlari ke arah Amy sebaik sahaja vokalis tersebut terjatuh.

Sementara itu di akaun laman sosial Instagram, Amy Search memaklumkan bahunya terseliuh dan kecederaan kecil itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kembali persembahan bagi menghiburkan peminat yang hadir di konsert tersebut.


Sumber: astro gempaq

Terima Kasih

5 ulasan:

  1. kesian dia..lain kali diaorang kena pasang pagar..supaya artis tak jatuh..tambah2 amy searh dah beusia..kalau jatuh jadi apa2 kan dah susah

    BalasPadam
  2. Malan tidak berbau ye asha..
    Alhamdulillah kecederaan kecil ajer..

    BalasPadam
  3. lahaii..macam mana boleh berlaku huhu kesian amy

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign