Halaman

Emma Maembong Kongsi Pengalaman Belajar Buat Kimchi

Asha Lya | April 11, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum






Pelakon Emma Maembong akui mengambil kelas membuat Kimchi sebagai persediaan untuk filem Kimchi Untuk awak.

Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 25, dia begitu teruja apabila diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman membuat makanan tradisional Korea itu.

“Sebelum ini kita selalu lihat orang bercerita dan berkongsi pengalaman membuat Kimchi di negara tersebut tapi bila saya sendiri yang dapat rasainya memang lain rasanya.

“Saya ada ambil kelas untuk belajar sebab saya difahamkan Kimchi ini tak boleh main pakai buat sahaja. Ada cara-caranya yang perlu kita ikut supaya Kimchi itu rasanya lebih sedap.

“Sebagai contoh, jumlah pes cili yang diambil dan cara sapuan pun kena betul, jadi saya rasa seronok bila dapat belajar cara-cara pembuatannya.

“Walaupun kelas itu tidak lama tapi rasa puas hati bila ada pengalaman sendiri,” katanya kepada Astro Gempak.







Dalam pada itu, Emma memberitahu rasa Kimchi di Korea agak berbeza berbanding di Malaysia.

“Saya bukanlah penggemar Kimchi, tapi saya akui rasa Kimchi di Korea sangat berbeza dan sedap.

“Kalau di sini memang saya tak makan sebab ada Kimchi yang terlalu masam dan tak boleh masuk dengan selera saya.

“Saya rasa mungkin kerana Kimchi di sana lebih segar dan dibuat dengan cara tradisional, saya sarankan kalau ada yang pergi bercuti di Korea, jangan lupa cuba makan Kimchi.

“Saya pasti orang yang tak makan Kimchi pun akan suka dengan makanan tersebut,” ujarnya.

Selain Emma, Kimchi Untuk Awak turut dibintangi oleh Aiman Hakim, Janna Nick dan Sharifah Sakinah.

Filem kolaborasi Astro Shaw dan Darkwave Pictures ini telah menemui penonton pada 30 Mac lalu dan masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Teks oleh: Mya Amri


Sumber: astro gempak



Terima Kasih

2 ulasan:

  1. kimchi ni dibuat dr sayur2an kan tp mgkin berbeza ikut menu kimchi tu.. ju xperna makan tp perna nmpk proses pbuatan kimchi =)

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign