Halaman

Aaron Aziz Gembira Isteri Tuan Ihsan Terima Respon Positif

Asha Lya | Januari 04, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum






Pelakon Aaron Aziz gembira apabila drama bersiri Isteri Tuan Ihsan yang sedang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Memegang watak lelaki berusia 47 yang bernama Tuan Ihsan Iskandar, Aaron mahu penonton mengambil pengajaran positif yang dipaparkan dalam drama bersiri ini.

"Alhamdulillah, saya rasa gembira kerana drama bersiri ini mendapat sambutan dan respon yang menggalakkan.

"Walaupun cerita ini memaparkan watak seorang lelaki berusia jatuh cinta dengan seorang gadis remaja dan banyak menampilkan unsur hiburan dalam drama yang dijayakan, masih terdapat pengajaran positif yang disampaikan.

"Dalam bergembira menonton drama ini, saya berharap agar penonton dapat mengambil sedikit sebanyak nilai murni sebagai pengajaran," katanya ketika ditemui di Majlis Meet & Greet Eksklusif Isteri Tuan Ihsan di Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Masih berbaki tiga episod, Aaron mengharapkan agar peminat untuk terus kekal setia menonton drama ini sehingga episod terakhir.

"Minggu ini merupakan minggu terakhir drama bersiri Isteri Tuan Ihsan. Saya berharap penonton terus setia menanti sehingga ke akhir episod bagi melihat kesudahan kisah Tuan Ihsan dan Seroja Irdina," katanya lagi.

Majlis Meet & Greet Eksklusif Isteri Tuan Ihsan ditaja oleh Chriszen bersama Astro Circle, Suria Resorts & Hotel, Rollin' Oats dan Peti Gambar Photobooth.

Jangan lupa saksikan drama bersiri ini setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal
 

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

1 ulasan:

  1. tak tengok lagi so xleh comment pape lg abt this drama..huhu

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign