Halaman

Dayang Nurfaizah Menangis Kerana Terkenang Memori Ketika Mula-Mula Jadi Penyanyi

Asha Lya | Januari 24, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum





Penyanyi Dayang Nurfaizah gagal menahan rasa sebak sebaik sahaja lagu Lelaki Teragung diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) kerana terkenang memori di awal pembabitannya dalam industri seni muzik tanah air.

Dayang berkata dia berasa amat gembira kerana dirinya kini sudah mula diterima dan dihargai oleh banyak pihak.

"Air mata saya mengalir secara spontan. Saya pun  tak sangka ia mengalir dengan laju sehingga saya tidak dapat mengawalnya.

"Sebenarnya kemenangan ini membuat saya tanpa semena-mena mengimbau perjalanan seni saya masa awal-awal pembabitan.

"Dalam masa yang sama terharu dan gembira dengan kemenangan ini. Rasa seperti diri saya diterima dan dihargai sekarang," katanya kepada Astro Gempak

Lelaki Teragung ciptaan penulis lirik Iman Imran dan komposer Natasyah sekaligus menobatkan Dayang sebagai pemenang vokal terbaik AJL31.

Megulas mengenai kejayaannya, Dayang memberitahu dia tidak mengharapkan kemenangan di pentas tersebut tetapi dia akui memberi fokus sepenuhnya kepada kualiti persembahan dan nyanyiannya.

"Saya tidak pernah target dalam pertandingan itu saya hendak menang tetapi apa yang saya fokuskan adalah mutu persembahan.

"Bagi saya jika saya sudah beri yang terbaik, kalah atau menang itu hanya bonus. Asalkan saya  sudah melakukan yang terbaik dan berpuas hati dengan persemahan saya," katanya lagi.

Teks oleh Syafiqah Jalal


Sumber: astro gempak


Terima Kasih

4 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign