Halaman

Corat Coret Sukan Sea KL2017

Asha Lya | Ogos 21, 2017 | 9Komen | >
Assalamualaikum





Upacara Pembukaan Sukan Sea ke-29 KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil berlangsung gilang gemilang malam tadi. Bertaraf dunia, itu komen kebanyakan penonton!

Upacara itu dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dan pelbagai persembahan disajikan termasuk nyanyian lagu tema Bangkit Semula oleh Dayang Nurfaizah.

Namun, dalam pada kemeriahan upacara berkenaan ada pelbagai insiden luar kawal dan perkara-perkara menarik di dalam dan luar stadium.

Kami kongsikan sedikit corat-coret sepanjang upacara berkenaan.

1) Penonton mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil semenjak pukul 3 petang! Semangat betul semuanya!

2) Di stesen pertukaran laluan Ampang - Sri Petaling, Chan Sow Lin, sebuah gerabak tambahan disediakan pada pukul 6 petang ketika waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan.

3) Jangan sangka hari cerah tidak akan hujan! Ya, tepat pukul 7 petang ketika penonton sedang beratur panjang hujan turun dengan lebatnya di sekitar stadium.

4) Disebabkan hujan, ada pihak yang mengambil kesempatan menjual baju hujan 'poncho' sekitar stadium berharga RM5 untuk saiz kecil dan RM10 untuk saiz besar. Harga asal 'poncho' sekitar RM2 hingga RM4 sahaja.

5) Peniaga yang menjual makanan di food truck tidak menang tangan melayan pelanggan yang menderu datang selepas tamatnya upacara pembukaan.

6) Pengarah filem terkenal, Saw Teong Hin bertindak sebagai Pengarah Kreatif bagi persembahan gilang gemilang sewaktu upacara pembukaan KL2017. Patutlah persembahan semuanya best!

7) Kelibat atlet lempar cakera, Irfan Shamsuddin sebagai pembawa obor di upacara pembukaan tidak kelihatan kerana dia menarik diri akibat mengalami kecederaan terseliuh buku lali. Irfan kini dalam proses pemulihan sebelum acaranya bermula pada minggu depan.

8) Disebabkan ramai orang membanjiri stesen LRT Bukit Jalil untuk pulang ke rumah selepas acara tamat, ada yang sanggup berjalan kaki ke stesen berikutnya iaitu stesen LRT Sri Petaling untuk mengelakkan kesesakan.

9) Bagaimanapun, stesen LRT Bukit Jalil terus sesak hingga pukul 1 pagi.

10) Setakat dilaporkan sekurang-kurangnya empat penonton pengsan dalam kejadian berasak-asak menanti giliran masuk ke ruang menunggu gerabak. Tiga daripadanya wanita.

Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.

Teks oleh: Kamaruddin Razal, Amri Hassan
Foto: Twitter KL2017
Sumber: astro gempak

Terima Kasih

9 ulasan:

  1. Tengok kat tv je upacara ni tapi serius hebat. Goosebumps

    BalasPadam
  2. bestnya dapat pergi opening sukan sea. Menyesal tak beli tiket haritu :(

    BalasPadam
  3. Saya tidak dapat menonton upacara penuh memandangkan berada di kampung untuk majlis tahlil arwah. Hanya menonton a few minutes, tetapi tidak disangkal, I love penggunaan cahaya pada malam tu. Menarik sangat!

    http://panphila.blogspot.my

    BalasPadam
  4. Laaa... Saw Teong Hin rupanya yang director. Patutlah persembahan mantap dan muzik latar dia besttttt. No wonder juga la Dato' M.Nasir muncul. Pelakon utama puteri gunung ledang. kalau tiara jaquilena muncul dengan tarian asmaradana mesti gempaq gilew. hihi.

    BalasPadam
  5. ju ada tgk pbukaan ni. mmg bestttt sampai tgamam depan tv =)

    BalasPadam
  6. Sudah habis pun...Tahniah Malaysia! syukur dpt cuti hahaha

    BalasPadam
  7. gila ar..power betul acara pembukaan sukan sea kali ni..

    BalasPadam
  8. Pelbagai suka duka spnjg sukan sea ni kan =)

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign