Halaman

Hafiz Hamidun Masih Ingin Fokus Kepada Lagu Nasyid, Ketuhanan

Asha Lya | Disember 18, 2016 | 0Komen | >
Assalamualaikum





Penyanyi dan komposer lagu, Hafiz Hamidun, memberitahu dia kini masih ingin fokus sepenuhnya kepada muzik nasyid dan lagu-lagu ketuhanan.

Menurut Hafiz, 32, berkata, dia masih tidak mempunyai sebarang perancangan terperinci untuk mengubah genre muzik yang dibawakan olehnya.

"Fokus saya kini masih lagi terhadap nasyid kerana itulah genre muzik yang saya perjuangkan sejak awal penglibatan dalam industri muzik tanahair.

"Namun kini saya masih tidak ada lagi perancangan secara terperinci untuk mengubah genre muzik yang dibawakan oleh saya.

"Insyallah, nanti saya akan merancangkan untuk keluarkan lagu dalam bentuk genre lain tetapi buat masa sekarang biarlah fokus saya cuma untuk lagu nasyid," katanya kepada Astro Gempak.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu bertajuk 'Yang Dinantikan' di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Hafiz juga turut melancarkan koleksi kurta jenama 'Haje' dengan menampilkan empat rekaan dengan 60 variasi warna keseluruhan.

Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata dia akan keluarkan album penuh pada tahun depan dengan memuatkan 14 buah lagu dalam album tersebut.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
 
Sumber:astro gempak


Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign