Halaman

#MytravelokaEscapade - Impikan Percutian Ke Sarawak

Asha Lya | Disember 08, 2016 | 8Komen | >
Assalamualaikum

Sarawak yang dikenali sebagai bumi kenyalang ini menjadi salah satu destinasi tempat percutian pilihan kami. Kita jelajah dulu tempat-tempat yang menarik di dalam Malaysia. Mudahan impian kami nak ke sana tercapai insyaAllah. Dengan traveloka semuanya akan lebih mudah. 


Ada apa dengan Traveloka


Traveloka adalah sebuah laman web yang menyediakan kemudahan menempah tiket kapal terbang beserta hotel dalam satu masa. Hanya dengan menerjah ke laman web www.traveloka.com atau menggunakan #MytravelokaEscapade anda tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk mengurus penempahan tiket kapal terbang dan hotel. Semuanya serba-serbi mudah hanya di traveloka.










Traveloka juga menawarkan promosi harga tiket dan hotel yang boleh di nikmati oleh semua pengguna laman web traveloka, ianya sangat berbaloi.
Bagi pengguna smartphone anda boleh download traveloka app di google playstore 
atau app store untuk lebih mudah dan pantas.



Jom saya nak kongsi serba sedikit mengenai Sarawak salah satu destinasi percutian kami.



Destinasi yang menarik Di Sarawak



Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan semestinya mempunyai pelbagai tempat menarik terutama di ibu negerinya Kuching. Jom kita tengok tempat-tempat menarik yang terdapat di Sarawak bumi kenyalang ini






1.Kampung Budaya Sarawak






Di sini anda boleh lihat pelbagai replika rumah dan bangunan yang mewakili etnik-etnik-etnik dan kaum utama di Sarawak seperti iban, bidayuh, rumah panjang kaum ulu, penempatan penan, rumah tinggi melanau, rumah orang melayu Sarawak, pagoda orang cina dan sebagainya. 


2. Kuching Civic Centre






Menara yang sangat unik dan futuristik menawarkan pemandanhan 360 darjah bandar Kuching dan kawasan sekelilingnya. Pada waktu cerah, akan boleh nampak Gunung Serapi, Gunung Santubung dan beberapa gunung di Kalimantan. Disini juga menempatkan Planetarium Sultan Iskandar.



3. Muzium Kuching






Muzium Kuching pertama di dunia yang terletak di Petra Jaya. Terdapat lebih 4000 koleksi kucing. Bagi penggemar kucing macam saya memang wajib datang ke sini.



4. Muzium Sarawak






Seperti kebanyakkan muzium yang terdapat di Malaysia, muzium Sarawak ini juga menempatkan barangan, artifak dan bahan bersejarah mengenai Sarawak dan Borneo. 



5. Sarakraft  Pavillion






Merupakan sebuah bangunan yang menempatkan bengkel dan pelbagai barangan kraftangan di pamerkan. Di sini banyak dijual barangan kraft yang autentik dan para pengunjung juga boleh mendaftar untuk belajar skil-skil membuat barangan kraft.


6.Kuching Waterfront






Tempat menarik yang wajib di lawati, banyak terdapat kedai-kedai kraft dekat sini. Antara barangan yang terdapat di jual di sini seperi tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalaman rumah dan sebagainya. Dari sini juga anda boleh naik bot menikmati keindahan disepanjang sungai.


7. Pasar Serikin






Kalau pergi betcuti memang tak sah kalau tak ada membeli-belah kan. Jika ingin membeli barangan kraft yang sangat murah di sinila tempatnya. Antara barangan yang popular disini seperti hasil rotan, tikar, kain batik dan sebagainya. 



8.Orchid Garden






Taman bunga orkid yang sangat cantik dan terletak hanya di seberang sungai dari waterfront. Masuk ke taman orkid ni adalah percuma, mempunyai pelbagai jenis orkid dan pelbagai pokok tropika terdapat di sini.



9. Taman Buaya Jong






Taman buaya dan tempat pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia menempatkan lebih 1000 ekor buaya. 



10. Tugu Kucing





Replika tugu kucing ni memang wajib disinggah. Nak mengabadikan kenangan disini. 








Sesiapa yang menang percutian percuma idaman, jadi jom la JOIN CONTEST TRAVELOKA. Pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi.




Terima Kasih

8 ulasan:

  1. Salam singgah sini dik lya....semoga berjaya



    BalasPadam
  2. cantik view..all the best dear. semoga tercapai impiannya!

    BalasPadam
  3. wow !!! smpai srwk pun limbang ja, tmpt lain blm lagi huhu.
    all the best lya ! =D

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum awak..semoga berjaya. Sy pun impian nak pusing2 malaysia. Hehehe

    BalasPadam
  5. Wah macam syok je travel ke sarawak ni... Will my travel destination soon.. I like Muzium Kuching... My new knowledge todak Muzium Kuching is the cats museum in the world :) :) .. Thanks a lot for Asyha Lya

    BalasPadam
  6. Lya,, kalau p sarawak borong kain di Serikin..yg macam kain baju raya aku tu..semua d Serikin.hehehhe

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign