Halaman

Pendapatan David Beckham Sehari Hampir RM400 000!

Asha Lya | Disember 23, 2016 | 1Komen | >
Assalamualaikum


Harta selebriti sukan terkenal, David Beckham terbongkar apabila dia disahkan menerima pendapatan £71,000 (RM391,884.49) sehari.

Menurut laporan Daily Mail, ia merupakan jumlah pendapatan tertinggi Beckham berbanding ketika dia hanya menjadi pemain bola sepak sahaja sebelum ini.

Pendapatannya itu dikira daripada perolehan yang Beckham terima daripada keuntungan syarikatnya, Footwork Productions yang memulakan perusahaan sejak tahun 1996.

Bukan sahaja mempunyai peruasahaan syarikat produksi, pendapatan itu juga dikira daripada perniagaan minyak wanginya, bajunya serta minuman whiskey bersama Guy Rithchie.

Populariti suami kepada bekas ahli kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham itu masih bertahan sehingga kini.

Sumber: Daily Mail

Terima Kasih

1 ulasan:

  1. hmmmm income dia.
    income posh lagi.
    kaya la anak2 dia...

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign