Halaman

Resepi Kuih Nona Manis

Asha Lya | Disember 06, 2016 | 13Komen | >
Assalamualaikum







Kuih nona manis yang warna hijau




Pertanyaan dari sahabat kita Cik Itah



Bagi membuat resepi kuih nona manis ini, anda memerlukan acuan yang sama untuk kuih lompang. Perkara yang membezakan kuih nona manis dan kuih lompang adalah, kuih nona menggunakan santan ditengah-tengah manakala kuih lompang berinti kelapa ditengah-tengah. Resepi ini menggunakan teknik mengukus yang mudah.



Bahan A
  • 1/2 Cawan Gula Kastor
  • 1 biji Telur Gred A
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum

Bahan Bahagian Luar (Warna Hijau)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • perisa kelapa pandan emulco
  • pewarna hijau

Bahan Inti
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sb tepung gandum
  • 1/2 st garam
Cara Penyediaan Bahan A
  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan.Kacaukan.
  3. Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau sehingga sebati.

Cara Penyediaan Bahagian Luar (Warna Hijau)

  1. Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.
  2. Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau.
  3. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
  4. Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
  5. Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau)

Cara Penyediaan Bahan Inti

  1. Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat.
  2. Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.

Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Secara Keseluruhan

  1. Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
  2. Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
  3. Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.
  4. Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air tidak menitik.
  5. Kukus selama 7 minit.

Sumber resepi: www.abangbrian.com

Terima Kasih

13 ulasan:

  1. Balasan
    1. btl trima ksih bnyk 2

      Padam
  2. alahaiii. dah lama tak singgah sini then nampak resepi ni. sedapppnyaaaa:) lapaaaarr pulak.

    BalasPadam
  3. Kueh ni sedap tapi kalau lea makan mesti buang yg tengah tu.. Ekekkee

    BalasPadam
  4. Salam singgah pagi dik lya....sedapnya kuih nona manis...kalau kat tempat akak dorang panggil kuih cantik manis...hihi

    BalasPadam
  5. oo santan..patutla sedap heheh hari tu bos beli..sy pun rasala..fuhh punya sedap. itula first time nampak n makan hihi

    BalasPadam
  6. senang ja buat rupa ny tp xperna nak buat, asyiK2 bli =D

    BalasPadam
  7. bahan-bahan mudah tapi banyak step nak buat..haihh..bila ntah nak rasa kuih ni..

    BalasPadam
  8. Nak kene rajin nie kalau teringin nak makan.. tq sharing resipi..

    BalasPadam
  9. Senang je rupenye buat kuih ni. Boleh cuba niii😁 tq sb share resepi 😘

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign