Pelakon Fattah Amin menganggap gelaran kayu paling popular sebagai satu perkara yang lucu.
Gelaran tersebut menjadi tular di media sosial selepas Fattah memenangi gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 30 (ABPBH 30) baru-baru ini.
Semenjak kemenangan tersebut, enjin carian Google akan memaparkan wajah Fattah sekiranya pengguna melakukan carian dengan kata kunci 'kayu paling popular'.
"Sebenarnya, ucapan kemenangan yang terkandung perkataan kayu di atas pentas ABPBH 30 adalah kerana sewaktu awal kemunculan saya di persada lakonan, ramai yang memberi kritikan mengatakan saya kayu.
"Bila gelaran 'kayu paling popular' viral, saya hanya tergelak kerana saya rasakan perkara tersebut lucu dan kelakar. Saya langsung tidak terasa hati atas gelaran tersebut," kata Fattah kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Fattah gembira kerana drama terbaru lakonannya, Hero Seorang Cinderella mendapat reaksi positif.
"Alhamdulillah, walaupun drama bersiri tersebut baru ditayangkan, saya gembira dan bersyukur apabila melihat sambutan baik peminat.
"Ramai yang suka dengan gandingan saya bersama Nur Fazura. Saya berharap drama ini akan mendapat sokongan ramai sehingga ke penghujung episod," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Quill City Mall Raya Kasih dan Cinta pada Khamis.
Quill City Mall KL mengangkat tema yang diadaptasi daripada novel dan drama bersiri lakonan Fattah dan Fazura, Hero Seorang Cinderella bersempena kedatangan Ramadan dan Syawal tahun ini.
Kempen yang diberi nama 'Raya Kasih dan Cinta' ini bermula 25 Mei sehingga 2 Julai 2017.
Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bakal bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Dapatkan bantal edisi terhad Hero Seorang Cinderella dengan berbelanja sebanyak RM199 (maksimum penggabungan dua resit dalam satu hari) di pusat membeli belah Quill City Mall KL! Quill City Mall KL, Destinasi Gaya Hidup Terkini di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur! #QuillCityMallKL #KasihdanCinta
Teks: Kamaruddin Razal

Sumber: astro gempak
wahahahaha.. mcm2 =D
BalasPadamx sangka pula ya makin popular patah amin..:p..
BalasPadamerk? haha..ada2 ja bah..tp semakin popular pla artis ni..haha
BalasPadamklik2 tabung tuk duit raya lya hahaha