Halaman

UNIC Juara Gema Gegar Vaganza, Bawa Pulang RM100,000

Asha Lya | Mei 22, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum





Menewaskan lima bintang lain, UNIC mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama.

UNIC membawakan lagu Ainul Mardhiah di segmen solo serta lagu Kalah Dalam Menang di segmen battle.

UNIC yang bergelar juara berjaya merangkul wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Naib juara, Hijjaz yang menyampaikan lagu Fantamorgana dan lagu Alhamdulillah di segmen battle berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Hijjaz turut menjadi pemenang Anugerah Persembahan Pilihan Penonton yang dipilih menerusi undian penonton di laman web GGV. Hijjaz berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 sumbangan Serai Mas.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mirwana yang menyampaikan lagu Ya Rasulullah dan lagu Alhamdulillah di pusingan battle.

Mirwana berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 serta trofi sumbangan Astro.

Tempat keempat pula dimenangi oleh Azmi Caliph Busker. Menyampaikan lagu Damai Yang Hilang dan lagu Aku Maafkan Kamu di pusingan battle, Azmi membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.

Anugerah Gema Terindah, kategori Gempak Gempur juga turut dimenangi oleh Azmi. Azmi berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 sumbangan Kopi Pak Belalang. Hadiah tersebut akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Tempat kelima dimenangi oleh Hafiz Hamidun yang menyampaikan lagu Nur Kasih dan lagu Aku Maafkan Kamu di pusingan battle.

Hafiz berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.

Tempat keenam dirangkul oleh kumpulan Saujana yang menyampaikan lagu Penerang Hati dan lagu Kalah Dalam Menang di pusingan battle.

Saujana berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro.

Konsert akhir Gema Gegar Vaganza bersiaran secara langsung bermula jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Bersiaran di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.

Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.

Untuk konsert akhir, tugas juri undangan disandang oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

4 ulasan:

  1. Tahniah Hijjaz walaupun anak didiknya UNIC digelar juara GGV
    Hijjaz tetap just di hatiπŸ’œπŸ’œπŸ’œ

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign