Pelakon popular Indonesia, Zaskia Ayda Mecca mengakui mempunyai rancangan untuk mengembangkan bakatnya di Malaysia.
Menurut Zaskia, dia mahu namanya dikenali di negara ini sebagai seorang pelakon yang menghasilkan karya yang berkualiti.
"Saya sebenarnya sudah mempunyai rancangan untuk mengembangkan bakat di Malaysia pula seperti pelakon-pelakon yang lain.
"Buat masa sekarang saya masih dalam perbincangan untuk menghasilkan sebuah filem bersama produksi di Malaysia dan saya berharap perkara itu dapat membuat nama saya akan dikenali di sana.
"Saya rasa orang ramai sudah mengenali siapa Zaskia di Indonesia jadi saya ingin berkarya pula di negara orang dengan karya-karya yang di hasilkan nanti," katanya kepada Astro Gempak.
Zaskia berkata demikian ketika ditemui pada sesi temubual sinetron Para Mencari Tuhan Jidil 10, di Jakarta, baru-baru ini.
Bercerita mengenai sinetron Para Mencari Tuhan Jidil 10, Zaskia berkata dia teruja apabila rancangan tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat di Indonesia.
"Saya bersyukur kerana ia mendapat sambutan dan sinetron ini akan memberi banyak mesej yang penting kepada penonton.
"Para pencari tuhan amat menitikan ilmu islam dan orang yang menonton akan mendapat pengajaran dalam ilmu Islam melalui lakonan yang disampaikan," ujarnya.
Sinetron ini akan bersiaran mulai 26 Mei ini sepanjang bulan Ramadhan pada pukul 4.00 petang dan ulangan pada pukul 5.00 pagi di saluran Pelangi 142.
Untuk penonton di Malaysia yang ingin menyaksikan sinetron Para Mencari Tuhan Jidil 10 boleh melanggan Indo Pek (Saluran Bintang 141 dan Pelangi 142) dengan hanya RM12.00 sebulan.
Penonton juga akan dihidangkan dengan hiburan tanpa henti seperti filem, sinetron, video muzik dan gosip terkini dari Indonesia.
Untuk melanggan Indo Pek Saluran Bintang 141 dan Pelangi 142 sila ke saluran 200 di Astro.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: astro gempak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...