Meskipun Stacy kini sedang menunggu hari untuk melahirkan anaknya namun dia tetap bersemangat untuk menjayakan majlis Beyya.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik, majlis yang diadakan itu merupakan sambutan ulang tahun kelahiran Beyya yang kelima dan diadakan awal dua hari dari hari sebenar.
"Terima kasih kepada semua yang sudi datang memeriahkan ulang tahun anak kami Beyya, yang ke 5 tahun tadi..😊Terima kasih juga yang bagi hadiah untuk Beyya. Syukur alhamdulillah Beyya happy sangat tadi! Terima kasih sekali lagi.. #awal2hari #14022017 #valentinebaby #beyyabirthday".
Rata-rata peminat serta pengikut IG memberi komen yang postitif dan teruja melihat keadaan Stacy sekarang serta tidak sabar hendak menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.
Selain itu juga terdapat peminat yang mendoakan agar Stacy dipermudahkan untuk melahirkan cahaya matanya tidak lama lagi.
Menerusi (hashtag) #beyyabirthday #beyyaturns5 #awal2hari #valentinebaby #14022017 pelbagai gambar menarik telah dikongsi oleh tetamu yang hadir memeriahkan majlis itu.
Akim dan Stacy sah bergelar suami isteri pada 5 Februari 2016 dalam majlis yang berlangsung di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.
Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat, Bella Valentina, 5.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:
hepi bestday beyya..:)
BalasPadamtggu harii sudaa stcy auuww =D
BalasPadamsape tak syg anak kan ......
BalasPadamIbu yang baik
BalasPadamwah, bertambah ahli keluarga stacy
BalasPadamMoga dipermudahkanNYA.
BalasPadamtembam stacy hehehe
BalasPadamalahai. nak bertambah dah ahli keluarga akim :)
BalasPadamstacy pun berisi nampak nyer ek. cantik!