Halaman

Aliff Aziz Kongsi Kisah Percintaan Bersama Isteri Kepada Mira Filzah

Asha Lya | Februari 17, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum






Penyanyi dan pelakon Alif Aziz menceritakan kisah cintanya berasama isteri, Bella kepada aktres Mira Filzah.

Cerita tersebut disampaikan kepada Mira menerusi single terbaru yang menggandingkan mereka berdua berjudul Sandar Padaku.

Menurut Aliff, Sandar Padaku merupakan sebuah lagu yang berkisarkan tentang kisah cinta dua anak muda yang memendam perasaan kerana diselubungi sifat ego.

“Single ini hampir sama dengan kisah percintaan saya dengan isteri saya, Bella. Pada mula-mula kenal kami malu dan susah untuk luahkan perasaan masing-masing tetapi memang dah dikatakan jodoh akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri.

“Kehidupan saya kini lebih sempurna dan segalanya lebih teratur,” ujarnya.

Sementara itu menurut Mira Filzah, dia sangat teruja dengan pembikinan single terbaru ini.
“Saya sangat berpuas hati dengan terhasilnya single ini kerana mana yang mengikuti saya di Instagram tahu saya gemar menyanyi dan ini merupakan titik permulaan bagi sesuatu yang baru.

“Walaupun bait kata yang saya sampaikan hanya minima, namun saya berharap peminat di luar sana akan terhibur dengan dendangan yang saya sampaikan,” katanya.

Dalam pada itu Sony Music Malaysia yakin bahawa single ini mampu menarik perhatian setiap lapisan penggemar muzik Malaysia dan bakal menjadi siulan.

Aliff Aziz pernah popular menerusi lagu Jangan Ganggu Pacarku dengan tontonan melebihi 2 juta di laman YouTube.

Sandar Padaku merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Panji Sakti dan boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.
 

Sumber : astro gempak

Terima Kasih

2 ulasan:

  1. wahhh..dah cipta lagu sendiri yerrrr mira filzah..dah klik nuffnang..

    BalasPadam
  2. follow jg insta mf ni tp xtau pla dia mnynyi =D

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign