Halaman

Bella SYTD 2 Padam Foto Kekasih Di Instagram

Asha Lya | Mac 03, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum







Bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2), Laudya Cynthia Bella, dikhabarkan telah berpisah bersama kekasihnya iaitu Afif Kalla.

Menurut laporan Kapan Lagi, Bella telah memadamkan gambar dan video bersama kekasihnya di akaun media sosial Instagram miliknya.

Ketiadaan Afif pada sambutan ulang tahun kelahiran Bella yang ke-29 pada 24 Februari lalu, telah menimbulkan tanda tanya peminat.

Namun, pembantu peribadi Bella yang dikenali sebagai Rita mengakui tidak tahu apa-apa mengenai krisis hubungan pasangan itu.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu memberikan apa-apa penjelasan kerana saya sendiri pun tidak mengetahui mengenai status hubungan mereka.

"Apa yang saya boleh katakan, mereka memang jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri," katanya.

Dalam pada itu Rita juga berharap agar peminat Bella dapat mendoakan yang terbaik mengenai hubungan mereka.


Sumber : astro gempak

Terima Kasih

2 ulasan:

  1. ju teda follow cerita ni tp bella ni mmg santik !!! =D

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign