Halaman

Kanak-kanak Muslim 14 Tahun Bergelar Pensyarah Termuda

Asha Lya | Mac 29, 2017 | 7Komen | >
Assalamualaikum







Jika dilihat pada saiz badan dan wajahnya, pasti ramai yang tidak menyangka dia adalah seorang pensyarah.
 
Itulah kehebatan seorang insan bernama Yasha Asli, 14, remaja genius yang beragama Islam.
 
Yasha yang merupakan kanak-kanak terbijak di Britain telah diambil sebagai tenaga pengajar di Universiti Leicester dan ditugaskan untuk mengajar orang dewasa dalam bidang matematik.
 
Yasha mampu memahami dan menyelesaikan permasalahan matematik dengan mudah.






Kredit foto : Iluminasi.com

Selain mengajar dan merupakan pelajar ijazah sarjana muda di universiti tersebut, dia juga menjadi pelajar dan staff termuda yang berkhidmat di universiti itu.
 
Kanak-kanak genius ini ditemuduga dan ditawar bekerja ketika berusia 13 tahun.
 
Satu kebenaran khas telah diberikan kepadanya untuk bekerja kerana umurnya yang masih muda.
 
"Saya sedang menjalani masa yang paling seronok dalam hidup saya. Saya sangat suka pergi ke universiti dan saya seronok dengan kerja baru saya membantu pelajar lain.
 
”Tiada lagi pakaian seragam sekolah untuk saya. Saya sangat berterima kasih," ujar Yasha yang teruja dengan pekerjaannya itu
 
Yasha kini berada di tahun akhir dan bercadang untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD.
 
Dia bersekolah di sekolah rendah di Leicester sebelum mendapat tempat untuk belajar di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik pada umur 12 tahun.





Kredit foto : Iluminasi.com

Bapanya, Moussa Asley, 53, membesarkan anaknya sendiri dan dia sangat kagum dengan kebolehan anaknya itu.
 
"Saya sangat berbangga melihat dia berkembang maju dan membesar melakukan sesuatu yang dia sangat suka.
 
”Yasha sangat pintar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan menerangkan dengan jelas membuatkan dia sangat sesuai dengan kerja tersebut,” kata bapa Yasha yang gembira dengan pencapaian anaknya itu.


Sumber : Iluminasi.com
Olahan : Izzat Ridzwan



Terima Kasih

7 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign