Halaman

Didi & Friends Masuk Pawagam

Asha Lya | Mac 09, 2017 | 8Komen | >
Assalamualaikum





Karya animasi Didi & Friends bakal muncul dalam kompilasi Cerita-cerita Didi & Friends dan akan ditayangkan di 13 pawagam seluruh negara.
 
Kata Pengasas Digital Durian, Sinan Ismail, penonton akan berpeluang menyaksikan 12 episod baharu Didi & Friends dalam atmosfera berbeza mulai 16 Mac nanti.
 
"Selain ditayangkan di 13 buah pawagam TGV seluruh negara, Cerita-cerita Didi & Friends akan turut ditayangkan di Astro First (480) serentak pada tarikh sama.
 
"Jika selama ini penonton hanya melihat karakter animasi kegemaran di kaca televisyen, kali ini kanak-kanak terutamanya akan dapat menonton Didi & Friends di skrin yang lebih besar.
 
"Menariknya, pawagam terpilih akan diberi suntikan dekorasi baharu yang lebih mesra keluarga dengan sistem bunyi yang tidak terlalu kuat serta pencahayaan yang lebih terang.
 
"Jika bernasib baik, mereka akan dapat bertemu dengan maskot kesukaan yang akan membuat kemunculan secara mengejut," katanya yang ditemui pada majlis sidang media tayangan istimewa Cerita-Cerita Didi & Friends di TGV Cinemas, Sunway Velocity, Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Antara pawagam yang akan menayangkan Cerita-cerita Didi & Friends adalah TGV AU2 Setiawangsa, KLCC, Sunway Pyramid, Seremban 2, Kinta City, Tebrau City, Bukit Mertajam dan D'Pulze.
 
Pelanggan Astro First boleh menonton tayangan berdurasi 1 jam 14 minit itu dengan langganan serendah RM15.90 pada bila-bila masa selama lima hari berturut-turut.

Sumber:astro gempak


Terima Kasih

8 ulasan:

  1. ni katun feveret adik. pepagi lagi dah tercongok depan tv nak tengok deme ni. hihi

    BalasPadam
  2. hai...awak di tag..

    http://anumabdullah93.blogspot.my/2017/03/the-sunshine-blogger-award-thanks-to.html

    BalasPadam
  3. mesti ramai parents bawa anak2 tgk. Anak fiza pun minat sgt dgn didi nie

    BalasPadam
  4. Kita memang kurang film animasi. Elok tuntun animasi. Cerita tak lojik pun tak apa. Dari tengok drama yg entah apa2.

    BalasPadam
  5. kalau masuk panggung,,confirm penuh la panggung
    JanjiKita

    BalasPadam
  6. Kalo fasya tahu msti nk tgk ni

    BalasPadam
  7. aida ada dgr gak ni kat radio.
    ijat memang suka didi & friends ni.

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign