Halaman

Selamat Bernikah, Nora Danish Sah Isteri Nedim Nazri

Asha Lya | Mac 30, 2017 | 4Komen | >
Asalamualaikum






Dengan dua kali lafaz, pelakon jelita Nora Danish, 35, selamat bernikah dengan kekasihnya, Nedim Nazri, 34, pada jam 8.37 malam tadi.

Majlis pernikahan Nora dan Nedim diadakan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Manis memakai busana sedondon berwarna putih, Nora dan Nedim disatukan oleh jurunikah, Khairul Asyraf Ahmad namun jumlah hantaran serta mas kahwin dirahsiakan.

“Saat yang saya impikan sudah jadi kenyataan dengan terjadinya penyatuan ini. Sudah lama saya tunggu saat-saat untuk disatukan dengan Nedim. Saya berharap semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami,” kata Nora.

Sebelum ini, Nora dan Nedim pernah melalui episod kegagalan perkahwinan pertama, memilih untuk tidak keterlaluan dalam meraikan majlis pernikahan mereka.

“Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang dibuat secara besar-besaran, namun untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana.

“Tidak semestinya majlis sederhana itu tidak meriah. Kami memilih cara ini kerana majlis sebegini lebih peribadi dan intim," katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Sumber: astro gempak


Terima Kasih

4 ulasan:

  1. tahniah nora n suami, muka sma ja sbb dah balik2 blakon bsanding..hihih

    BalasPadam
  2. Akhirnya...jodoh milik dia org..

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign