Halaman

Penduduk Sekitar Pekan Kota Kinabatangan Mengalami Masalah Kekurangan Mesin ATM

Asha Lya | Mei 07, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum







KOTA KINABATANGAN: Penduduk sekitar pekan Kota Kinabatangan sering mengalami masalah kekurangan mesin ATM berikutan keperluan penduduk yang semakin meningkat di samping mesin yang beroperasi sering mengalami talian terputus.
Pekan Kota Kinabatangan terletak di tengah-tengah di antara Jalan Lahad Datu – Sandakan dan merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Kinabatangan yang menempatkan jabatan-jabatan kerajaan  selain dari menjadi pusat aktiviti penduduk sekitar.
Selain dari harus menampung aktiviti rutin penduduk berhampiran ia juga merupakan pusat persinggahan bagi penduduk yang berulang-alik terutama ke Bahagian Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.
Perkhidmatan kewangan di pekan tersebut juga merupakan satu-satunya yang paling hampir kepada pekerja dalam industri perladangan terutamanya kelapa sawit kerana Kinabatangan merupakan daerah pengeluar kelapa sawit terbesar di Sabah, dan sungguh wajar sekiranya perkhidmatan mesin ATM ditambah dari yang sedia ada.
Pekan itu juga merupakan pintu masuk kepada pelancong yang ingin bertandang ke kawasan pelancongan terutamanya di Kampung Sukau dan rata-rata dari pelancong adalah dari luar negara yang mereka sungguh memerlukan mesin tersebut.
Menurut penduduk setempat, mereka terpaksa menunggu dan berbaris selama berjam-jam hanya untuk melakukan transaksi di mesin ATM, malah ada yang mengalami gangguan selama berhari-hari.
Ini menambahkan kesulitan kepada penduduk terutamanya ketika mereka memerlukan wang tunai untuk membeli perbelanjaan harian.
Ketika ini pekan Kota Kinabatangan memiliki 2 buah bank iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menyediakan 2 mesin pengeluaran wang dan 1 mesin deposit tunai. Manakala 1 lagi adalah Agro Bank yang menyediakan 2 mesin pengeluaran tunai sahaja.
Apa yang menyedihkan bagi penduduk di sekitar pekan tersebut, mesin yang disediakan oleh Agro Bank daripada 2 hanya 1 sahaja yang boleh mengeluarkan wang tunai manakala 1 lagi seolah tidak berfungsi.
Kebelakangan ini pula mesin ATM dari BSN untuk pengeluaran hanya 1 yang berfungsi dan setakat ini mesin untuk deposit tunai masih beroperasi dengan baik.
Gangguan juga selalu dialami oleh penduduk setempat apabila mesin ATM kelihatan masih dalam keadaan “online” tetapi penyimpan tidak dapat mengeluarkan wang tunai dari akaun mereka.

Maklumat gambar: penduduk sedang menunggu giliran untuk menggunakan mesin ATM di BSN Kota Kinabatangan. Dilaporkan menunggu hampir sejam lamanya.

Sumber: Berita Sabah

Terima Kasih

1 ulasan:

  1. aduhai.. buang byk masa di atm seja. pihak tbabit perlu amik tindakan sewajarnya utk mnambahkn pkhidmatan sedia ada. bygkan la ba kalo musim gajian.. aduhaii.. lagi sandi suda tiba turn trus out of service tu mesin

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign