Halaman

BAKAL RAJA SEHARI, AKIM AHMAD DISERBU PEMINAT DI PENAMPANG

Asha Lya | Februari 05, 2016 | 7Komen | >
Assalamualaikum







Bakal Raja Sehari, Akim Ahmad diserbu peminat di negeri kelahiran tunangnya, penyanyi Stacy di Sabah.

Menerusi sekeping foto yang di’repost’ Akim daripada akaun Instagram pengarah Ghaz Abu Bakar, kelihatan penyanyi tersebut sedang sibuk menurunkan autograf kepada para peminat yang berada disekelilingnya.

Astro Gempak difahamkan, gambar tersebut diambil ketika Akim berada di Sekolah Menengah St. Michael, Penampang Sabah.

Bagaimanapun tujuan sebenar Akim ke sana tidak pula Astro Gempak tahu, tetapi mungkin untuk menghantar jemputan dan mengundang warga St. Michael ke majlis resepsi mereka kerana Stacy merupakan bekas pelajar sekolah tersebut.

Akim dan Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam bakal bernikah pada jam 10 pagi esok (Jumaat) di Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan sederhana yang membabitkan ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

Manakala majlis persandingan mereka akan diadakan pada sebelah malam di lokasi sama.

Sementara itu, majlis bersanding di sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru yang turut menjemput peminat.


Sumber: astro gempaq

Terima Kasih

7 ulasan:

  1. Salam singgah sini dik lya....selamat pengantin baru buat mereka berdua...

    BalasPadam
  2. Waahhh..alhamdulillah..semoga majlis mereka berjalan lancar dan hubungan kekal hingga jannah..amin..wana minat dengan akim n stacy

    BalasPadam
  3. hari ni kan majlis nikah? semoga semuanya berjalan lancar

    BalasPadam
  4. semoga semua berjalan lancar buat akim

    BalasPadam
  5. ehehe Akim xyah tunggu p sanalah kan.. pegi jalan mana2 pun orang serbu =D

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign