Halaman

Amy rasa bagai bermimpi

Asha Lya | Disember 09, 2015 | 4Komen | >
Assalamualaikum





TAK sangka ada bisnes tudung jenama sendiri hasil dorongan 2 kenalan. 



Oleh Wahi Aziz 
wahiduzzaman@hmetro.com.my

Penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Amy Mastura Suhaimi mengakui tidak pernah terlintas di fikiran menceburi bidang perniagaan.
Bagi wanita berusia 44 tahun ini, mengusahakan bisnes bukan proses mudah dan ia menuntut kecekapan, kemahiran serta kecekalan.
“Selepas beberapa bulan berhijab, tidak terfikir untuk jual tudung. Saya beli dan pakai apa saja yang dirasakan sesuai.
“Lama-kelamaan ramai pula bertanya tidakkah saya berminat mengeluarkan jenama tudung sendiri?
“Sudah tentulah saya ragu-ragu ketika itu. Sehinggalah dua kenalan saya iaitu Ezal dan Alha mendorong saya memulakan bisnes ini.
“Maka terhasilkan jenama AmyMastura­ByEzalha,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama terbabit, di ibu kota kelmarin.
Jelas Amy lagi, segala perbincangan dan persiapan berlaku dengan pantas.
“Saya memang tak tahu selok-belok bisnes, apa lagi menghasilkan rekaan dan memilih fabrik sesuai.
“Ezal dan Alha yang menggerakkan bisnes ini dari awal dan saya belajar daripada mereka sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, akhirnya projek ini jadi kenyataan,” katanya.
Sambung Amy lagi, dia tidak meletakkan harapan besar terhadap perniagaan itu kerana ia baru sahaja bermula.
“Saya rasa macam bermimpi. Tak sangka ada jenama tudung sendiri. Kami cuba berniaga dan semoga ada sambutan nanti,” katanya.
Dalam pada teruja meneroka cabang baharu, kembara seni penyanyi lagu Jawapan Kasih ini tetap berjalan seperti biasa.
“Nyanyian, lakonan dan pengacaraan tetap berjalan macam biasa. Adalah sikit-sikit tawaran di sana sini tetapi keluarga tetap menjadi keutamaan saya.
“Insya-Allah tahun depan saya akan tampil dengan single terbaru dan mengacara beberapa program TV,” kata ibu kepada dua anak perempuan ini.
Artikel ini disiarkan pada : 
Rabu, 9 Disember 2015 @ 12:50 PM
Sumber : Harian Metro

Terima Kasih

4 ulasan:

  1. Rezeki kan.. moga kita pun ada peluang macam tu.. aminnn

    BalasPadam
  2. Salam singgah sini dik Lya...semoga dik Lya juga akan jadi seperti Amy Mastura ada jenama tudung sendiri...InsyAllah...

    BalasPadam
  3. Ramai dah skrg artis buat jenama tudung sendiri , smpai xthu nak beli yang mana.

    BalasPadam
  4. ramai artis dah ada jenama sendiri..bila ada peminat, pasti ada pembeli..
    yang penting kena kuat semangat dalam niaga ni kan..

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign