Halaman

Kombo Disember

Asha Lya | Disember 13, 2015 | 2Komen | >
Assalamualaikum




Kandungan:
• 1x Tika Itu… Inai Masih Merah
• 1x Cinta Hati Sayang
• 1x Melodi Cinta Edisi II
• 1x Magisnya Cinta
• 1xTerima Kasih Sayang
• 1x Kampung Girl (PERCUMA)
Tajuk: Tika Itu… Inai Masih Merah
Penulis: April Snow
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-73-9
Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Disember 2015
Hannan Zahirah Lee Louver. Betapa besarnya cinta dia kepada Haniff Mirza sehingga dia sanggup berkorban segalanya. Tapi, cinta mereka menjadi racun dalam hati Tengku Kamalia, bonda Haniff. Rancangan diatur lalu tersingkirlah Hannan daripada ikatan perkahwinan dengan cara paling keji tika inai masih merah di jari.
Pertemuan semula Haniif dengan Hannan meyakinkan Haniff yang dia punyai peluang kedua untuk bersatu semula dengan Hannan. Namun kini, hidup Hannan sudah ada Izz Arman Khair. Cinta mereka makin menuju ke puncak bahagia. Mahligai perkahwinan makin nyata. Lelaki ini separuh daripada nyawanya. Tidak mungkin dia berpaling biar apa pun yang terjadi.
“Dendam itu hanya bara yang membakar dalam diam. Percayalah, Hannan. Jika you parah terluka… I sudah lama lumat dicencang rasa sakitnya. Kita sama-sama terseksa. Berilah diri kita peluang untuk sama-sama kembali membina bahagia yang suatu waktu dahulu milik kita. Milik you dan I.” – Haniff Mirza
Namun, Hannan tidak sesekali lupa apa yang pernah terjadi. Tidak sama sekali!
“Jangan mengharap titis hujan di gurun, Haniff. Jangan menunggu kerdip cahaya mentari di kala pekat malam. Hati yang mati takkan bangkit biar dipuja mentera terhebat. Jangan mengharap sesuatu yang takkan berlaku. Hati seorang Hannan Zahirah sudah lama mati buat you.” – Hannan Zahirah.
Tapi, tegakah Hannan memegang prinsip dalam hati apabila permata jiwanya mahukan dia kembali kepada Haniff? Bagaimana mungkin ditunaikan sedangkan hati, raga dan jiwanya kini milik Izz?
“Abid sayang mama dan papa. Abid nak mama dengan papa aje. Mama kahwin dengan papa. Abid nak mama buat macam tu.” – Abid Hylmi
Izz Arman Khair. Lelaki istimewa pemilik jiwa Hannan. Pengubat lara dalam hati Hannan. Demi kasihnya yang tidak bertepi, dia rela melepaskan Hannan dan Abid demi sebuah bahagia.
“Melepaskan you bukan pilihan dari hati I, Hannan. Demi Allah, percayalah. Membiarkan you menjadi milik yang lain adalah luka yang teramat sakit. Tak tertanggung. Setiap urat saraf bagaikan diracik halus. Memercik darah derita yang tak mampu dilafazkan oleh mana-mana aksara.”- Izz Arman Khair.
Ada ketikanya cinta harus dilepaskan kerana itu pilihan terbaik untuknya. Kadangkala cinta harus berkorban kerana cinta yang sejati selalu ingin membahagiakan orang yang dicintai. Cinta itu tak ternilai pada setiap yang bernafas. Milik siapakah akhirnya cinta seorang Hannan Zahirah? Dan adakah kali ini inai yang merah di jari Hannan menghadirkan bahagia buat kali kedua? Bahagia yang berkekalan.
Tajuk: Cinta Hati Sayang
Penulis: Hairynn Salehuddin
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-74-6
Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Disember 2015
CARL ZARIF… Hatinya begitu terusik setiap kali melihat penderitaan adiknya, Carl Naim. Dia perlu menuntut bela atas penderitaan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan darah dagingnya merana tanpa pembelaan. Dia pasti akan lunaskan dendamnya itu. Pasti!
LARA ALINA… Tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya selain Sofea Yasmin. Anak kecil yang dijaga sejak kecil lagi sehingga terpaksa mengorbankan pengajiannya. Tiada perasaan benci kepada Hana Kamila kerana meninggalkan anak kecil ini. Dan hidupnya penuh dengan kasih sayang.
Tanpa diduga, ada kisah di sebalik kematian Hana Kamila. Ada hubungan yang masih terjalin dan belum terputus. Atas sebab itu Lara Alina akur dan berkongsi kasih membesarkan Sofea bersama insan yang masih menyayangi dan sanggup menerimanya.
“Papa dan mama mahu mereka jadi sebahagian daripada keluarga kita.” – Tan Sri Roslan
Permintaan Tan Sri Roslan itu tidak dapat diterima oleh Carl Zarif. Biarpun seluruh keluarganya dapat menerima kehadiran mereka berdua, tetapi tidak bagi Zarif. Walaupun Hana Kamila sudah tiada, perasaan dendam tersebut kini beralih pula kepada Lara Alina.
“Aku tak dapat kau, aku akan buat adik kau pula merana. Bersiap sedialah Lara Alina!” – Carl Zarif
Dari hari ke hari, Zarif semakin merapatkan dirinya dengan Lara. Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat membalas dendamnya.
“Awak! Sekarang kita cakap pasal kahwin tau. Pasal akad nikah semua. Pasal awak dengan saya… Suami isteri.” – Lara Alina
“Yes. I know, sayang. Berapa kali I nak cakap dengan you yang I memang nak kahwin dengan you? I nak you jadi isteri I sampai bila-bila.” – Carl Zarif
Adakah rancangan Zarif untuk membalas dendam terhadap Lara Alina akan berjaya? Mampukah cinta dan sayang menghapuskan dendam yang selama ini tersemat dalam hati Zarif?
Tajuk: Melodi Cinta II
Penulis: Penulisan2u
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-75-3
Harga: RM20.00 (Semenanjung) // RM23.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Disember 2015
Cinta Yang Pergi – Mardihah
“Kau tak sembahyang ke? Aku tengok kau macam tak ikut Aleeya sembahyang aje. Eh, Asmidar. Kau kena solat, baru hati kau tenang dan aman tau.”
Daim – Aliesha Kirana
“Nama saya, Daim.”
“Hah, Daim? Macam coklat Daim tu?”
“Ya. Daim. Macam coklat Daim.”
Surat Untuk Bakal Isteri- Hanan Az-Zahra
Salam perkenalanku hulurkan buat bakal isteriku, Nur Qaisara Irdina. Aku hanya ingin memperkenalkan diriku yang aku bakal suamimu, dan kau bakal isteriku.
Topeng – Hannah Ezaty
Kau boleh menyakitiku dengan kebenaran tetapi jangan pernah membahagiakan aku dengan kebohongan.
Dan Dia Jodohku – Nurul Ain Syuhada
“Nak atau tak nak, kau akan jadi milik aku suatu hari nanti!”
“Dan kalau saya jadi milik awak, saya yakin… Saya ialah gadis yang paling malang sekali!”
Bukan Tak Mahu- Ilmar Imia
Belum pun sampai pukul tujuh malam, sekali lagi isterinya mengadu lapar dan nak makan piza pula.
Isterinya ada bela apa-apa ke? Mana tahu kalau yang makan tu bukan isterinya, tapi belaannya?
Qasidah Buat Khadijah – Hana Ilhami
Kalau Tijah rasa saya tak sesuai untuk Tijah, saya tak paksa.
Dahlah hidung besar macam gorila, panggil kita Tijah pula. Eee… Tak suka!
Salam Cinta Satu Malam – S.N. Hidayah Haron
“Nurul, awak keluar dengan saya ini boyfriend awak tak marah ke?”
“Awak dah bawa saya sampai ke sini, tempat jin bertendang dan kemudian baru awak nak tanya soalan bodoh itu dekat saya? Apa kes?”
Demam Cinta Misi Noora – Ummi Hafiy
Noora menepuk pipinya berkali-kali. Penyakit gilanya ini sudah datang kembali. Sejak sekolah menengah lagi dia sudah dapat penyakit begini. Dia akan terkejut beruk dan teruja apabila memandang lelaki kacak.
Jadikanku Wanita Syurga – Izzah Haneefa
“Kewajipan menutup aurat adalah salah satu cara Allah mengangkat martabat wanita. Tapi, kenapa masih memilih untuk merendahkan martabat diri sendiri?”
Gadis Bersubang Bintang – Kejora Mawaddah
“Itu padi tak menjadi, hujan tak turun dah hampir dua minggu. Ini semua sial Si Gadis, datang-datang bawa kemarau!”
Zahrin – Luna Adresia
Dia kemudian ketawa geli hati. Tak sangka gadis itu begitu senang diperbodohkan dan jatuh cinta kepadanya hingga sanggup menawarkan diri.
Seindah Takdir – Cahaya Najihah (Adaptasi ke Telefilem)
Assalamualaikum wahai insan yang bergelar suami. Waktu kita berdua mungkin tidak lama. Terima kasih kerana sudi menerima insan sepertiku menjadi bidadari hatimu. Hanya satu hati ini ingin berkata. Teruskan hidupmu. Allah selalu di sampingmu.
Tajuk: Magisnya Cinta
Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-98-3
Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Disember 2015
Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci… boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa.
Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.
Namun…
Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.
Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. – Adib Haiman
Namun rasa cinta itu terpaksa dilupakan kerana Megat Waiz mencintai Rose. Megat Waiz mencintai Rose sejak daripada kecil lagi sama seperti Natasha mencintai Adib. Rupa-rupanya itu semua hanyalah cinta bertepuk sebelah tangan. Akhirnya, Megat Waiz membawa diri. Sewaktu balik ke Malaysia, dia bertemu dengan Cinta. Dengan Cinta, Megat Waiz menemui harapan baru. Tetapi, nampaknya harapan itu hanyalah harapan semata-mata kerana Cinta ada tanggungjawab lain.
I like you, the moment I met you, Ci. – Cinta Alana
I like you too, Waiz. But the problem is, kita dah berjanji dengan ayah-ayah kita. Saya tak naklah kalau sebab saya, ayah saya jatuh sakit lagi. – Megat Waiz
Sewaktu majlis pernikahan Adib dan Rose, Natasha kemalangan, lalu hilang ingatan. Megat Razeen muncul dan membuat Natasha jatuh cinta. Tetapi, kesempatan itu hanya seketika, apabila di suatu kejadian, Natasha… ingat semula.
Adib? Mana dia? Cari dia. Cari dia, sekarang! – Natasha Erynna
Mampukah magis yang ada pada cinta itu, menyatukan cinta Adib dan Rose, cinta Megat Waiz dan Cinta dan juga cinta Megat Razeen dan Natasha? Atau sebenarnya, magis itu… masih terserah pada takdir yang tidak menyebelahi mereka.
Peluang kedua itu magis. Cinta itu datang sebagai bonus. Hanya yang beruntung yang menemui keduanya.
Tajuk: Terima Kasih Sayang
Penulis: Fariha Aisya
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-99-0
Harga: RM21.00 (Semenanjung) // RM24.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Disember 2015
Farihatul Aisya Hanna, si gadis yang sanggup berkorban demi jejaka yang dicintainya meski nyawa jadi taruhan. Setelah bertahun menunggu, akhirnya takdir cinta berpihak kepadanya. Dia dan Ezwan disatukan dalam satu ikatan yang suci.
“Hanna buat jantung abang berdegup kencang. Pastikan kecantikan Hanna tu hanya untuk abang dan bukan orang lain, ya?” – Ezwan
Kala hidupnya menjamah bahagia, ada insan lain yang terluka lewat kebahagiaan Hanna. Hampir sepuluh tahun menanti cinta daripada gadis itu, Darwin akhirnya mengalah dan reda dengan ketentuan. Hanna hanya menganggap Darwin sebagai abangnya.
“Tolong jaga Hanna baik-baik. Sayangi dan cintailah dia sepenuh hati sama seperti awak jaga dan sayangkan nyawa awak. Jangan sia-siakan hidup dia.” – Darwin
Dalam asyik terbuai dengan cinta Ezwan, rupa-rupanya Hanna salah menilai. Cinta Ezwan ibarat sekadar menanam tebu di pinggir bibir. Saat muncul Melissa si penggoda, dengan mudah cinta Ezwan beralih pergi.
“Hei, perempuan. Kalau kau nak tahu, selama ni aku tak pernah ikhlas cintakan kau.”
“Tolonglah, abang. Tolonglah cintakan Hanna. Hanna sanggup tunggu walaupun seumur hidup.”
Namun segalanya bagai sudah terlewat saat lafaz cerai diucapkan Ezwan… Hanna pasrah. Hati perempuannya bagai ditikam belati berbisa. Tidak berhakkah dia untuk memperolehi cinta sejati? Saat cuba diubati luka hatinya itu, Darwin kembali menagih sesuatu yang sudah lama diimpikan.
“Hanna tahu kan yang hati abang tak mungkin akan berubah?” – Darwin.
“Abang tahu status Hanna, kan? Takkan abang masih nakkan Hanna?” – Hanna.
“Abang tak kesah. Seumur hidup abang, hanya nama Hanna yang tertera dalam hati.” – Darwin.
Ezwan yang ternyata kesal akan tindakan gopohnya kembali merayu cinta suci Hanna. Tidak dapat dia bohongi bahawa hanya Hanna seorang yang mampu takluki cintanya.
“Abang sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan Hanna kembali.”
Kini, antara cinta pertama dan seseorang yang begitu setia mencintainya, siapakah yang harus Hanna pilih? Pujangga mengatakan, pilihlah mereka yang mencintai kita lebih daripada kita mencintainya. Adakah itu yang Hanna lakukan?

Sumber : Penulisan2u

Terima Kasih

2 ulasan:

  1. Banyak novel nie kan..tulah cik akak jarang nak beli dah..buat koleksi

    BalasPadam
  2. novel yng ada, dh x smpat nk sntuh.

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign