Halaman

Diarak atas lori yang ditarik 'abang sado' (MetroTV)

Asha Lya | Disember 16, 2015 | 6Komen | >
Assalamualaikum





Muhamad Khairul dan Khansak diarak sejauh 20 meter di atas lori tiga tan yang ditarik ‘abang sado’, tengah hari tadi. FOTO Amran Hamid 


Oleh Nur Syazwana Mansor 
am@hmetro.com.my

Pendang: Pengantin, Muhamad Khairul Izuan Yunos, 28 dan Khansak Mohamad Shafir, 27, membuat kelainan dalam majlis perkahwinan mereka di Kampung Chegar,di sini, apabila diarak sejauh 20 meter di atas lori tiga tan yang ditarik ‘abang sado’, tengah hari tadi.Majlis yang berlangsung di rumah pengantin perempuan itu menarik perhatian semua tetamu yang hadir sebaik mereka meninggalkan pekarangan khemah makan sebelum diarak menaiki lori itu pada 1 tengah hari.
Lori itu ditarik oleh Muhamad Faizal Muhamad Najib, 32, yang juga pemilik Gimnasium di Mergong, Alor Setar selain dia adalah ahli Persatuan Orang Kuat Kedah dan Setiausaha Malaysia's Strongest Man Association
Khansak yang bekerja sebagai seorang jururawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar berkata, idea untuk membuat kelainan pada majlis persandingannya itu mula tercetus sejak dua bulan lalu selepas dia memberitahu Muhamad Faizal mengenai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung.
Katanya, Muhamad Faizal kemudian memberi cadangan dan menawarkan diri untuk membawanya dan suami berarak menaiki lori yang ditarik sendiri olehnya.
"Saya bersyukur kerana rancangan kami ini berjalan lancar, sekali gus menjadikan majlis perkahwinan saya pada hari ini sebagai hari yang paling bahagia dan sukar untuk dilupakan," katanya.
Sumber : Harian Metro

Terima Kasih

6 ulasan:

  1. Larat juga nak tarik kan,,hihi

    BalasPadam
  2. gagah..agak2 nk mintak dr johor sampai kl bole x?haha..

    BalasPadam
  3. Macam kesian pulak si tukang tarik tu.. Kalau saya yang atas kenderaan tu memang tak gerak dah rasanya

    BalasPadam
  4. Alahai.. Mcm2 trend skrng ni..

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign