Halaman

Peminat Kembali Ikuti Anzalna Nasir

Asha Lya | Disember 16, 2015 | 2Komen | >
Assalamualaikum




Oleh Syafil Syazwan Jefri 
syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas akaun Instagram milik Anzalna Nasir, 27, digodam pada 27 November lalu, pelakon itu kini mula mengumpul jumlah pengikut di akaun barunya.
"Saya reda dengan apa yang terjadi. Bagi saya, perkara sebegini tidak dapat dielakkan.
"Saya cuba mendapatkan semula kata laluan untuk akaun Instagram itu menerusi emel. Walaubagaimanapun, emel saya turut digodam,” katanya.Akaun Instagram lamanya yang menggunakan nama @anzalnanasir88 mengumpul lebih satu juta pengikut manakala akaun barunya iaitu @anzalnanasir kini diikuti kira-kira 32,000 pengikut.
Berikutan kejadian itu, ramai selebriti tempatan dihantui perasaan bimbang sekiranya mereka menjadi mangsa seterusnya.
Sebelum ini, pelakon Ayda Jebat dan Bella Dally turut berdepan masalah sama apabila akaun Instagram mereka digodam individu tidak bertanggungjawab.
Akaun Ayda yang digodam pada minggu lalu bagaimanapun dapat diakses semula selepas tiga hari membuat aduan kepada pihak Instagram.
Bella pula terpaksa membuka akaun baru selepas akaun lamanya langsung tidak dapat diakses.
Sumber : Harian Metro

Terima Kasih

2 ulasan:

  1. Macam2 hal kan ..Sesuka hati jer nak godam akaun orang

    BalasPadam
  2. Xpham kdng, knpa la sibuk nk godam acc orng..

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign