Halaman

Jus Avocado

Asha Lya | April 09, 2014 | 31Komen | >
Assalamualaikum
Masih tertanya-tanya entri sini
Inila buah avocado.Selalunya dikaitakan dengan
produk kencantikan saja kan.Kali ini kita buat jus.




Diperkenalkan oleh kawan serumah Lya.
Lya beli kat pasar di KK harga ikut kilo.
Yang nie Lya beli RM5.00 2 biji..Kira murah kot buahnya
agak besar juga.


Jom buat jus avocado


Bahannya mudah je

Buah avocado, Susu pekat manis, Air masak & Ais



1. Belah dua..buang bijinya..Lya guna sebiji je pun dah cukup



2.Kopek ambik isinya letak dalam blender + sedikit air masak (Lya guna setengah cawan)
dua sudu susu pekat manis (ikut suka)
 3. Last bila dah sebati baru letak sedikit ais
Hahhh dah siap..mudah kan..nak sejuk letakla
dalam peti dulu kalau minum di tengahari fuhhh memang sedappppp.
Kalau minum kat kedai paling murah pun RM6.00 segelas.
Baik buat sendiri lagi berbaloi-baloi puas minum :D


Antara kebaikan buah avocado


Mengawal tekanan darah

- Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.


Menggalakkan kesihatan mata
- Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu 

melindungi mata daripada daripada katarak.

Melindungi daripada kanser
- Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan 

kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

Menyembuhkan nafas berbau
- Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak 

untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus 
yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

Ciri-ciri anti-penuaan
- Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. 

Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , 
melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

Penjagaan Kulit
- Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk 

menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. 
Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

Berat badan
- Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya ,

 buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. 
Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , 
tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi
 lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.




Mengekalkan kesihatan jantung 
 
Sumber info sini

Jom sama-sama amalkan hidup sihat dengan lebih makan buah-buahan

Terima Kasih

31 ulasan:

  1. Jadi mask muka pun ok ;) halus ja kulit. Hehe

    BalasPadam
  2. wahh bnyak khasiatnya..xpernah tengok buah ni..

    BalasPadam
  3. miza selalu makan buah kiwi je..
    avocado tak pernah try lagi..
    mesti cuba mesti cuba!!
    :DDD

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap berlemak byk plak khasiatnya

      Padam
  4. sedap eh lya..
    Dik An tak penah makan lg buah avocado ni...
    Nak kena try ni hehe...

    BalasPadam
  5. Wah..mcm best jer...kene g cari ni..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. try la sis sedap byk khasiatnya

      Padam
  6. owh, tak pernah lagi makan atau buat jus buah nie..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. eheh lya pun baru first time tpi sedapp

      Padam
  7. first time dengar bole minum..selalu org gune utk masker..heheh nice sharing.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah nie first time lya cuba memang sedapp

      Padam
  8. owh, buah avocado ke dalam WW tadi? hehe.. boleh pula akak tak kenal.. akak memang tak pernah makan buah ni lya.. nampak sedap jus tu.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis cubala bila dah rasa sekali pasti nak lagi

      Padam
  9. weeweeeeooo...fevret cik ne....makan macam tu jak pun sedap...tapi kena letak susu cap junjung...hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehe iya lya letak susu junjung..sedap kan cik puan :D

      Padam
  10. tak pernah rasa lagi ni dear.. :) sebab takut rasa buah tu pelik.. hihi..
    hm.. singgah sini klik nuffnang awak

    BalasPadam
  11. Hubby Yana memang suka sangat jus avocado ni...
    Sebiji buah ni boleh buat 1 jug kecik jus....tu pun dah kira pekat... Sedap...

    *Yana singgah menabung mr.nuff. Boleh klik balik : Internet Is Your Life .TQ.

    BalasPadam
  12. nak try jugak.. time kasih kongsikan cara buat jus nie...

    BalasPadam
  13. belum pernah minum lagi,in shaa allah klu jumpa nanti teringin nak cuba buat jusnya..tq for sharing Asha

    BalasPadam
  14. alahai sedapnye asha...
    byk khasiat pulak tu
    aah beli kat luar agak mahal, buat sendiri lg jimat n menyelerakan
    menabung Nuffnang sini

    BalasPadam
  15. nah..kan itu yang aku mahu cakap tu asha..hahhahahah...dah lah suka minum jusnya..buahnya d lupa plak..hihi

    BalasPadam
  16. Waa.. rupanya buah ini punya banyak kebaikan ye :)

    BalasPadam
  17. Bnyk kebaikannya ye.. thanks sharing Lya..
    3x colgate.. :D

    BalasPadam
  18. makan mentah je dapat gak kot..hihi

    BalasPadam
  19. Seriuss.. xpena zara mkn buah avocado ni. Minim jus nya pon xpena.. huhu

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign