Halaman

Buah Tarap

Asha Lya | Mei 23, 2014 | 21Komen | >
Assalamualaikum
Ada sesetengah orang agak kurang mengenali
buah ini kan..Lihatla betapa banyaknya pokok
ini mengeluarkan buahnya tahun nie.
 Sedapnya kalau di buat kuih.

 Dekat kawasan perumahan Lya di Kampung



Info Wikipedia


Tarap merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di negeri Sabah, Malaysia khususnya di bahagian pantai barat Sabah seperti daerah Kota Kinabalu dan Papar
Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, 
namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika
Tarap mempunyai bau yang agak kuat, namun mempunyai rasa yang cukup sedap, manis, lembut 
dan pemakan pasti merasa kenikmatan apabila merasanya untuk pertama kalinya. 
Isi buahnya mempunyai rasa yang seakan-akan Mangga yang penuh berjus. 
Namun bentuk buah Tarap lebih seakan-akan buah Cempedak dan Nangka, orang ramai selalu keliru akan perkara ini.
Nota: Tak sabar tunggu buah ni masak

Terima Kasih

21 ulasan:

  1. sedap ni buat cucur.. buat sayur pun sedap :) klik whisper dan olay :)

    BalasPadam
  2. akak baru tau ni lya, thanks for sharing...

    BalasPadam
  3. laa..betul2 ingat buah cempedak tadi

    BalasPadam
  4. tak pernah pulak makan. first time dengar ni

    BalasPadam
  5. masa ke sabah Fiza berpeluang mkn buah nie.. sedap sangat...

    BalasPadam
  6. Eh ingatkan buah cempedak tadi

    BalasPadam
  7. husna pon first time dgr.. :)

    BalasPadam
  8. lama x makan buah ni..tgh tunggu buah tarap masak juga ni belakang rumah..heheh..

    BalasPadam
  9. kat tawau pun ada sis..sana panggil terap..dulu suka makan sekarang tak..jemu kot..hehehehe..

    BalasPadam
  10. miza pun bru pertama kali taw ni kak lya... :D

    BalasPadam
  11. sedap buah ne..
    boleh buat kuih apa ne lya?cik makan begitu jak x penah buat kuih...

    BalasPadam
  12. first time tau...aah sekali tengok ingatkan cempedak hehe...mesti sedap kan ?

    BalasPadam
  13. ingatkan buah cempedak..tp bukan ye..serupa tp tak sama..tak pernah rasa lagi buah tarap ni & 1st time dengar

    BalasPadam
  14. aik, di sdkn ada bah juga..hihi..musim nya suda ka..adui pndai ni mncari2 buah ni..hihi

    BalasPadam
  15. Saloam Lya ..akak baru dengar BUAH TARAP ni ..Selain nama tu ada tak nama lain Lya ..
    Akak tak pernah makan lg buah ni ..ada tak kat Semenanjung ..

    BalasPadam
  16. tak pernah jumpa pun kat semenanjung..nanti kalau ke sabah lagi, nak carilah.

    BalasPadam
  17. salam. aku suka kalau buat sayur & bubur ni buah tarap :))

    BalasPadam
  18. Wahh.. lama dah saya tak makan.. susah juga nak jumpa org jual buah ni kat sini...

    BalasPadam
  19. omg lya. kat sini kitorang sbut terap.mmg sedap sgt!!slu ada masa sm ngn musim durian..bole buat kuih ek? blm pnh rasa d buat kuih..lya ada resepi x??he

    BalasPadam
  20. kat semenanjung cam tak de jer buah ni ... teringin lak nak makan . atau mungkin juga ada tapi tak tau klu blh mkn . klu tgk pokok tu mcm biasa tgk jer .

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign