Halaman

Drama Aku Pilih Kamu (TV3)

Asha Lya | Disember 05, 2015 | 4Komen | >
Assalamualaikum



Aku Pilih Kamu TV3

Drama terbaru arahan Zul Huzaimy Marzuki berjudul 'Aku Pilih Kamu' akan menghiasi slot Samarinda TV3 menggantikan drama Dhia Sofea. Hafidz Roshdi dan Dayana Roza digandingkan sebagai pelakon utama. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Fazren Rafi, Ryzal Jaafar, Elizad Sharifuddin, Zila Bakarin dan Arash Mohamad. Saksikan drama bersiri Aku Pilih Kamu bermula pada 3 Disember ini, pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 10.00 malam di TV3. Tajuk sebelum ini ialah 'Demi Allah, Aku Pilih Kamu'.

JUDUL : DEMI ALLAH, AKU PILIH KAMU
EPISOD : 15 episod
TARIKH / MASA : 3 Disember 2015 (Rabu & Khamis, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studio Sdn Bhd
PELAKON : Dayana Roza, Hafidz Roshdi, Fazren Rafi, Arash Mohd, Zila Bakarin, Siti Elizad Sharifuddin, Ryzal Jaafar, Sasqia Dahuri, Nana Lisa, Ikhlas Jalil, Zalfa Zin

WATAK PELAKON
Hafidz Roshdi sebagai Rizman
Dayana Roza sebagai Qasya Azara
Fazren Rafi sebagai Adam
Ryzal Jaafar sebagai Farouk
Siti Elizad Sharifuddin sebagai Nadiya
Sasqia Dahuri sebagai Isabel
Arash Mohd sebagai Dato Mizal
Zila Bakarin sebagai Datin Rosnaida
Rahhim Omar sebagai Tan Sri Zainal

LAGU TEMA / OST AKU PILIH KAMU
Tajuk: Kasih Dalam Hati
Penyanyi : Ippo Hafiz
Lirik & Lagu : Link
SINOPSIS DEMI ALLAH, AKU PILIH KAMU
Hidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.

Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.

Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.

Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.

Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.

Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.

Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya? 

GAMBAR PELAKON
Demi Allah Aku Pilih Kamu

Demi Allah Aku Pilih Kamu tv3
Keluarga Dato Mizal
Aku Pilih Kamu tv3
Antara pelakon drama Demi Allah Aku Pilih Kamu
Demi Allah Aku Pilih Kamu 2015
Siti Elizad turut berlakon sebagai Nadiya
Drama Aku Pilih Kamu TV3
Pelakon Aku Pilih Kamu TV3
Aku Pilih Kamu Samarinda TV3
Sumber : Drama Aku Pilih Kamu (TV3)

Terima Kasih

4 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign