Halaman

Datuk Fazley Yaakob Kembang Perniagaan Di Singapura

Asha Lya | Januari 11, 2016 | 12Komen | >
Assalamualaikum






Cef selebriti terkenal tanah air, Datuk Fazley Yaakob menjelaskan dia bakal mengembangkan perniagaan Restoran Suka Sucre miliknya di Singapura tidak lama lagi.
Menurut bekas juara program realiti masakan MasterChef Selebriti Malaysia itu, ramai pihak yang memintanya supaya membuka cawangan Suka Sucre di Singapura.
“Ramai orang tanya bila restoran saya nak berkembang sebab Suka Sucre sangat pula di Singapura. Jadi saya dalam proses perancangan untuk ada perkongsian perniagaan dengan sebuah syarikat di sana untuk buka cawangan di sana.
“Ada juga yang mencadangkan untuk saya buka di Brunei, tetapi saya perlu buat perancangan terlebih dahulu, Insya Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti ‘Semanis Fondant’ di Restoran Suka Sucre, Kuala Lumpur.
Perkembangan lain, Fazley bakal muncul dengan  single terbarunya berjudul ‘Mahligai Asmara’ Mac ini.
“Saya ingat nak lari dari perkataan asmara untuk single terbaru. Tetapi apabila buat kajian secara online ramai pula peminat yang minta saya kekalkan. 
“Sebelum ini pun tajuk lagu saya ‘Asmara ini’ dan ‘Cerita Asmara’ mendapat sambutan oleh peminat.  Lagu ini bakal dimuatkan dalam album terbaru saya yang mengandungi lapan buah lagu dan empat secara secara online,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Teks Oleh: Khalid Rahman


Terima Kasih

12 ulasan:

  1. wahhh... moga berjaya di singapore...


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html

    maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak sorry terpaste komen segmen nak url blog tu.... huhuhu

      Padam
  2. Semoga beliau terus success..

    BalasPadam
  3. berjaya betul kerjaya Datuk Fazley sebagai chef ni :) semoga berjaya di Singapura pula

    BalasPadam
  4. Satu perkembangan yang baik untuk perniagaan beliau.. alhamdulillah

    BalasPadam
  5. wa. murah rezeki datuk fazley ;)
    rezeki anak-anak, rezeki keluarga :)

    BalasPadam
  6. suka dengan kreativiti dato fazley ni, rajin dan gigih sangat, semoga beliau terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburinya :)

    BalasPadam
  7. Best tgk orng yng berjaya dlm bisnes ni..

    BalasPadam
  8. Best tgk orng yng berjaya dlm bisnes ni..

    BalasPadam
  9. waa..makin maju selangkah...

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign