Halaman

Poring Hot Spring

Asha Lya | Januari 13, 2016 | 13Komen | >
Assalamualaikum


Cerita percutian penghujung tahun lepas. Rupanya masih ada tersimpan dalam draff, percutian yang tak memerlukan kos yang banyak. Kebetulan kitaorang memang nak ke bandar kk ari tu. Selalu lalu-lalang jak ni tempat, memang laluan nak ke kk kan dari Kinabatangan ke Kota Kinabalu. Kitaorang gerak dalam pukul 5.30am dan sampai ke destinasi poring hot spring dalam pukul 8am. Pintu gatenya pun baru di buka belum gi ada pengunjung datang, kitaorang la yang pertama, betapa awalnya excited nak mandi-manda hihi. Layan pic2 kat bawah.






Sempat dulu berselfie. Bayaran masuk masih juga rm3 untuk dewasa.
Untuk kanak2 lupa plak nak tanya. 




Sebelum pengunjung ramai datang sekitar pukul 8am lebih.
Kawasan tab untuk air panas + air sejuk. Mandi kat sini pun suda puas, apatah lagi nak mandi yang kat kolam lagi la tak tahan sejukkkkk sebab air dari gunung. Bekalan makanan harus bawa, lepas mandi2 kan lapar hihi.



Tempat batu2 air panas memang airnya mendidih. Kalau nak masak telur pun boleh masak hihi.
Waktu ni sekitar pukul 10am, pengunjung suda semakin ramai maklumla cuti sekolah kan.





Trek nak ke bukit tempat air terjun, jambatan gantung n taman rama2.
Semput juga mendaki gunung belum lagi daki gunung kinabalu huhhh .





Pokok terbesar





Bayaran masuk ke jambatan gantung







Cukupla sekali jak lya naik ni jambatan gantung. Macam nak tercabut nyawa di buatnya, sudala pengggayat. Gara2 husband lya suruh juga naik, kalau tak jangan mimpi nak naik sebab penakuttt. 
Ada 5 laluan kalau tak silap. Sabarr jer la.
Lya tak maw pun pandang bawah.






Kawasan air terjun, husband lya jak pigi mandi. Airnya sejukkk sangat, air gunung kan. Ada spesis ikan yang  gigit2 kaki macam ada satu kawasan kat ranau yang sungainya ada ikan jenis ni kalau masuk bayar. Aishh lupa plak nama tempat tu.






Airnya jernihhh, cantik sangat kawasan ni. Ada trek nak ke gua tapi kitaorang tak pigi pun bab tak larat suda nak naik bukit2 yang tinggi. Dekat tengahari baru kitaorang teruskan perjalanan ke kk ikut laluan laluan ke Kota Marudu.
Sekian edisi cuti2 Sabah. Ada lagi itu nanti2 la cerita.
Ok bye



Wassalam


Terima Kasih

13 ulasan:

  1. best nyer mandi air terjun.."tagal" sungai moroli dkt kg.luanti tu tpt fish massage hehehe.^_^

    BalasPadam
  2. wow! bestnyaaa .. teruja pula saya lihat gambar2 lya :))

    BalasPadam
  3. bestnya AL.. tengok air terjun tu... huwarghhhh ~~~ time panas2 ni, memang best nih...

    BalasPadam
  4. Salam singgah petang dik lya...wahh...bestnya...lama dah akak tak pegi poring...teringin lagi nak pergi....InsyAllah...

    BalasPadam
  5. Hari tu pergi tak masuk dalam pun. huhu..next time bolehlah duduk sehari kat sini. mandi manda

    BalasPadam
  6. cantik pemandangan nya..bayaran masuk pun tak mahal..

    BalasPadam
  7. wah bestnya..cantik pemandangan di sana, sy ja belum sampai di sini hehe

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign