Halaman

Perintah Berkurung

Asha Lya | Julai 21, 2014 | 22Komen | >
Assalamualaikum


 Lya raya pertama tahun ni sambut di Semporna.Moga semuanya dipermudahkan.Risau juga.
Pertama kali juga Lya berjauh dengan keluarga Lya.





LAHAD DATU 20 Julai - Perintah berkurung yang dilaksanakan berkuat kuasa sejak petang semalam di enam buah daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilaporkan berjalan lancar tanpa dicemari sebarang insiden tidak diingini.


Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abd. Rashid Harun berkata, sepanjang penguatkuasaan bermula 6 petang semalam hingga 6 pagi ini, tiada tangkapan dibuat ke atas mana-mana kumpulan atau individu yang didapati menceroboh perairan negara.


"Setakat ini keadaan terkawal. Semua pihak terutama nelayan telah memberi kerjasama sepenuhnya dan kita berharap keadaan ini berterusan sehingga perintah berkurung ditarik balik.
"Saya menyeru semua pihak khususnya penduduk pesisir pantai dan nelayan di enam daerah ini supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak polis bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa petang semalam hingga 2 Ogos ini.


Jalaluddin berkata, kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.


Menurut beliau, mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.


Sumber Metro



Wassalam


Terima Kasih

22 ulasan:

  1. Assalammualaikum kak Lya .. selamat pagi. Allah..semoga semuanya baik2 sahaja dan dilindungi oleh Allah.s.w.t .

    #selamat hari raya kak yg bkl menjelang x lama lagi..

    BalasPadam
  2. harap semuanya selamat nanti yer lya..

    BalasPadam
  3. salam. harap semuanya ok sahaja..

    BalasPadam
  4. semoga sumenye ok2 saje..
    xde yg buruk2 berlaku..

    BalasPadam
  5. semoga baik2 saja..macam2 hal berlaku kan..

    BalasPadam
  6. in shaa Allah semua baik baik je :)

    BalasPadam
  7. beraya tempat asben ka? insya Allah selamat jugak tu, ada jugak polis jaga kan? hehe.. anne pun risau jugak ngan family d LD.. harap2 takda la kejadian yg tak diingini berlaku..

    BalasPadam
  8. selamat hari raya walau di mana anda berada

    BalasPadam
  9. Semoga takde apa-apa yang buruk berlaku, Lya..risau juga..insyaAllah, takde pape ok..jaga diri Lya..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum lya, jaga diri baik2 kat sana ye dear ~~~

    BalasPadam
  11. Semoga dilindungi & selamat segalanya... aamiin

    BalasPadam
  12. Semoga semuanya selamat dan dibawah lindungan Allah SWT

    BalasPadam
  13. semoga semuanya selamat dan ya, harap tidak ada perkara-perkara yang buruk berlaku ya lya.
    PG dekat kk ni pun risau juga. who knows kan. tahu sahaja, kk ni macam-macam da orang dia.

    BalasPadam
  14. semoga selamat semuanya lya..take care ye

    BalasPadam
  15. Semoga dalam keadaan selamat senantiasa..

    BalasPadam
  16. Moga2 dapat diselesaikan kemelut ini dengan adil dan saksama ...Semoga cepat berakhir segalanya ..

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign