Halaman

VM2014 Welcom To Sabah - Part 2

Asha Lya | November 12, 2013 | 22Komen | >
Assalmualaikum

Last part.Sebenarnya terlalu banyaklagi tempat
yang menarik boleh dilawati.
Yang nie serba sedikit sahaja mengenai info di Sabah.

DANUM VALLEY / MALIAU BASIN LOST WORLD
Maliau Basin terletak di daerah Tongon, Sabah, di mana ia merupakan kawasan tadahan air hujan yang dikelilingi dengan Sungai Maliau. Maliau Basin ini telah diwartakan sebagai kawasan pemulihan oleh Yayasan Sabah pada 1981. Kawasan ini juga meliputi Gunung Lotung (1667 meter), air terjun Maliau, dan tasik Linumunsut.

Ia juga dikenali sebagai "The Lost World of Sabah".  Sehingga hari ini, hanya 30% dari tempat tersebut telah diterokai. Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti 'jungle trekking', mereka harus bersedia untuk menghadapi dengan pengembaraan yang sukar dan mencabar ini.  Juga mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Yayasan Sabah dan membawa bersama seorang yang tahu selok belok lokasi berkenaan sebagai penunjuk jalan atau arah.  Dengan keindahan serta keunikan alam dan kecantikan air terjun, para pengunjung pasti akan merasakan pengembaraan ini adalah sesuatu yang cukup menggembirakan.  

Lebih daripada 30 spesis mamalia terdapat di kawasan ini.  Terdapat 270 spesis burung, lebih daripada 80 spesis bunga orid.
Pengangkutan
PERJALANAN MELALUI
MASA
Tawau / Luasong Forestry Centre (190 km)
4 hingga 5 jam
Keningau
5 jam

Sebelum memasuki ke destinasi berkenaan hendaklah mengemukakan pas terlebih dahulu di Pintu Keselamatan Maliau Basin sebelum memasuki kawasan berkenaan. Pas berkenaan boleh didapati melalui Pejabat Yayasan Sabah Bahagian Perhutanan di Kota Kinabalu ataupun Tawau.

TANJUNG SIMPANG MENGAYAU

Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai Northernmost Tip of Borneo. Ia terletak di daerah Kudat, Sabah. Tempat ini merupakan titik pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan.
Di Tanjung Simpang Mengayau, para pengunjung boleh menyaksikan pemandangan yang mempersonakan. Tempat ini dikelaskan sebagai salah satu tempat pusat pelancongan yang paling cantik di Sabah.



Taman PERTANIAN TENOM 


Taman Pertanian Sabah merupakan salah satu tempat yang menarik dan mempunyai  pelbagai spesies tanaman. Ia terletak di Lagud Sebrang kira-kira 10 km daripada Bandar Tenom.  Dengan berlatar belakangkan Banjaran Kroker (banjaran terpanjang di Malaysia), wujud pemandangan yang indah di taman ini. Tempat ini juga menyediakan persekitaran yang ideal untuk aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar dan membuatkan tempat ini sesuai sebagai salah satu tempat percutian.
Taman Pertanian Sabah ini juga mengandungi pelbagai tempat:

- Pusat Orkid Semula Jadi
- Muzium Tumbuh-tumbuhan Hidup
- Pusat Lebah
- Koleksi Plasma (Germplasm Collection)
- Taman yang dihias
- Taman Hoya
 - Taman Evolusi (Evolution Garden)
- Hutan Agro-Forestry
- Tasik Sapong
- Tasik Rundum
- Taman Haiwan
 - Jungle Trekking
Para pengunjung juga berpeluang untuk menerokai sendiri tempat-tempat di Taman Pertanian Sabah serta melihat pelbagai spesies tumbuhan, serangga dan burung liar yang amat menarik dan mempersonakan.

Pengangkutan
Dengan menaiki kereta persendirian dari Kota Kinabalu sejauh kira-kira 200 km (3 jam perjalanan).
Dengan keretapi dari Kota Kinabalu ke Beaufort dan seterusnya meneruskan perjalanan dari Keningau – Tambunan dengan kereta.

Dengan menaiki bas atau teksi di Padang Merdeka / Kota Kinabalu / Tenom jangkamasa bertolak antara jam 6.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jika para pengunjung memilih untuk menaiki bas atau kereta api, mereka perlu menukar bas di bandar Tenom iaitu 15 km dari Taman Pertanian Sabah.
Kos
BUTIR-BUTIR
DEWASA
(RM)
Pelajar
KANAK-KANAK
(6 TAHUN KE BAWAH)
(RM)
Pelancong Tempatan
10.00
Separuh Harga
Percuma
Pelancong Asing
25.00

Percuma
Sebarang maklumat atau pertanyaan tentang Taman Pertanian Sabah,
sila hubungi:
Park Manager
Taman Pertanian Sabah
WDT, 28
89909 TENOM,
SABAH, MALAYSIA.
Tel : 6087-737952 / 737558
Fax : 6087 – 737571
E-mail : agripark@sabah.net.my

Sumber Pejabat Perhubunga Negeri Sabah

Terima Kasih

22 ulasan:

  1. plan nak ke sabah tahun depan..masih mencari pakej yang menarik untuk kesana nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah byk lgi tak muat nak entri nak cerita banyak2 :D

      Padam
  2. Byk lagi tmpt menarik yang tak dilawati kat sabah ni rupanya...nak kna pg sekali lagi ni :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. t ada rezki dtg la cne...insyallah kita bawa jenjalan ;)

      Padam
  4. Lau sahabat dtg sabah...jgn lupa sngh daerah sandakn eya...bnyk jgk tempat menarik d daerah sandakan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah kita tak pernah lgi ke cna :)..org sabah ekk

      Padam
  5. x penah lagi sampai sabah. Teringin gak. Org kata mutiara murah.

    BalasPadam
  6. Kalau kak ina pegi jalan2 kat Sabah, harus awak jadi tourist guide kak ina :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah hehe..roger2 sja kalau kak ina nak dtg cne :D

      Padam
  7. Assalamualaikum.. Salam perkenalan.. Ros singgah sini dari blog Sally..

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam...salam perkenalan juga trima kasih :)

      Padam
  8. Sabah mmg byk tmpt2 menarik yg boleh kita melawat kan.. insyaallah ada rezeki mmg nk pergi lagi.. byk tmpt yg tak habis jalan lagi kt sabah =D

    BalasPadam
  9. X pernah lg ke sabah..saya tengah teringin nk mkn kuih cincin tp x tau kt mne ada jual selain d sabah

    BalasPadam
  10. menarik tu.. wah ada taman orkid.. mesti cantik pelbagai bunga-bunga di situ..

    BalasPadam
  11. Tengok gambar rumah panggung jadi Ingat sama kampung halaman dan pulau tercinta Borneo, Apa Bangunan tu ada ukiran dayak atau melayu ke??

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign