Halaman

VMY2014 Welcom To Sabah - Part 1

Asha Lya | November 08, 2013 | 10Komen | >
Assalamualaikum

Hari nie Lya nak kongsikan
sedikit mengenai tempat-tempat
menarik yang boleh dilawati di Sabah
sempena visit Malaysia 2014
 (sapa lagi nak promote negeri kelahiran kita sendiri kan kalau bukan kita)

Map Sabah


PORING HOT SPRING



Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.

Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.

Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.

 

Pengangkutan

Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.
Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.

GUNUNG KINABALU

 
Gunung Kinabalu terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari Kota Kinabalu.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.
Pengangkutan
Para pelancong yang berada di Kota Kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau. Perjalanan ini akan memakan masa selama 1 – 2 jam dengan anggaran kos sebanyak RM15 – RM20.

Para pelancong juga boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding  bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.

Harga Tiket:

Taman Kinabalu

          BUTIR-BUTIR
          DEWASA(RM)
     KANAK-KANAK(RM)
Pelancong Tempatan
            3.00
              1.00
Pelancong Asing
           15.00
            10.00

Permit mendaki gunung

          BUTIR-BUTIR
          DEWASA(RM)
     KANAK-KANAK(RM)



Pelancong Tempatan
           30.00
            12.00
Pelancong Asing
         100.00
            40.00

Untuk Permit Mendaki Gunung, ‘guide’ dan ‘porters’ sila hubungi :-

Sabah Park
Lot3, Block K, Sinsuran Gomplex
88806 Kota Kinabalu
Tel. : 6088-212719 / 211881
Fax : 6088-221001
E-mail : sabahparks@sabah.gov.my

Ok Lya nak kongsi dua tempat dulu.
Next Part 2.



Terima Kasih

10 ulasan:

  1. amboi..promote sabah ya dear..heee...go0 job

    BalasPadam
  2. nice.. aefa belom pernah ke sabah lagi walaupun berjiran huhu

    BalasPadam
  3. jom p sabah!! banyak lagi tempat best2 tau! hihi..

    BalasPadam
  4. menariknya sabah.. akak pernah sampai KK dan lahad datu dulu kerana urusan kerja.. tak dapat jalan-jalan sebab kejar masa kena balik awal..
    p.s: terima kasih pos hadiah itu.. :D

    BalasPadam
  5. In shaa Allah tahun depan kak ina dan family nak gi Sabah..husben kak ina kata cantik sangat :)

    BalasPadam
  6. selamat berhujung minggu adik.. singgah menabung sony&churp2.. :D

    BalasPadam
  7. Bagus juga informasinya, walaupun dah selalu ke sabah, tapi banyak juga tempat yang akak belum pergi

    BalasPadam
  8. sis..bila nak promote tawau lak?

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign